Apabila Anugerah Meletup Era 2019 (AME 2019) mengumumkan pencalonan selebriti bagi setiap kategori, ramai netizen yang tidak berpuas hati. Ini kerana bagi pencalonan kategori Si Cilik Meletop, calon-calon yang terpilih kurang popular kata mereka.
Lebih mengejutkan ialah tiadanya pencalonan anak penyanyi paling popular, Dato' Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah dan juga anak saudara Aafiya sendiri iaitu Arif Jiwa (pemenang anugerah sama tahun lalu) mengejutkan netizen. Mustahil dua nama ini tercicir atau terlepas pandang. Apakah permainan yang diatur oleh pihak penganjur?
Kredit foto: Twitter
Ada netizen yang menyatakan kemungkinan besar Siti sendiri yang tidak membenarkan Aafiya terlibat dalam dunia seni, oleh sebab itu tiada pencalonan. Manakala bagi Arif Jiwa pula mungkin kerana dia sudah menang tahun lepas dan hampir mengalahkan pemenang utamanya, Khai Bahar dengan perbezaan empat mata sahaja.
Hal ini membuatkan ramai peminat Siti berasa kecewa, lalu mempersoalkan beberapa pencalonan anak artis lain yang tidak begitu dikenali.
Kredit foto: Meletop
"Kalau Aafiya ada, yang lain takyah bertanding dah sebab Aafiya memang akan tapau habis semua peserta."
Bagaimanapun menurut ahli Siti Zoners, Siti pernah bertanyakan pendapat mereka sama ada perlu atau tidak Aafiya terbabit dalam industri seni dan jawapannya biarlah Aafiya membesar tanpa pengaruh limpahan dunia seni.
Sementara itu, anak tiri Siti yang juga ayah kepada Arif Jiwa iaitu Asyraf Khalid turut memberi komen tentang kesedihannya kerana Arif tidak terpilih kali ini.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Akhirnya Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja Astro, Marissa Hanafi menjelaskan yang penilaian dibuat menerusi platform media sosial, jadi Aafiya sendiri tidak mempunyai akaun Instagram, maka atas sebab itu, dia tidak layak.
Dengan penjelasan tersebut, kita tunggu sahaja siapa yang akan terus terpilih ke peringkat seterusnya iaitu Top 5 Cilik Meletop. Ketika artikel ini ditulis, anak Amyra Rosli iaitu Anaqi sedang mendahului peserta yang lain. - CARI
|