CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 13

Adik-beradik Kahwin Sesama Sendiri Untuk Dapatkan Visa

[Copy link]
Post time 15-2-2019 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Sumber Imej: scoopwhoop




Seteruk-teruk tajuk berita ini, ianya bukanlah yang anda sangkakan. Adik-beradik ini berkahwin untuk mendapatkan kad visa. Mereka berdua telah menggunakan dokumen palsu untuk berkahwin sesama mereka agar boleh memulakan hidup baru bersama.


Walaupun bukan perkahwinan atas dasar cinta. Pasangan wanita tersebut berasal daripada kampung Balianwali.  


Cubaan menipu beradik ini melalui Scam imigresen berjaya meyakinkan mahkamah di Punjab, Pakistan. Mereka berdua mendakwa bahawa perkahwinan mereka sah kerana si wanita menggunakan dokumen milik sepupunya yang memiliki visa Australia.


Pasangan itu kemudian pergi ke Australia, di mana mereka diberikan visa perkahwinan, menurut The Australia Report.




Sumber imej: Reuters IndiaTimes



"Mereka telah menipu sistem sosial, sistem undang-undang dan sistem kepercayaan. Semua untuk kegilaan dan nafsu ke luar negara. Kami sedang giat mencari mereka, tetapi mereka sedang melarikan diri dan kami masih belum dapat menangkap mereka," kata Inspektor tempatan, Jai Singh.


Sementara itu, Australian Border Force berkata, terdapat 164 borang visa perkahwinan telah digagalkan setelah didapati mempunyai kaitan dengan sindiket perkahwinan palsu ini.


Kerisauan telah timbul di pihak kerajaan Australia ke atas penyalahgunaan ini. Turut terasa bersama adalah negara Kanada kerana mempunyai sistem kelulusan ujian bahasa Inggeris dan berkahwin kontrak untuk masuk ke negara mereka. Asalkan pasangan lelaki mampu membayar visa mereka, mereka boleh memohon visa perkahwinan.




Sumber Imej : sbs




Kes pelik ini sebenarnya sering berlaku. Bukan hanya negara seperti Australia, Pakistan dan India sahaja yang mengalami masalah ini, malahan di setiap negara pasti punyai masalah seperti ini.


Menipu satu hal, berkahwin dengan adik-beradik pun satu hal juga. Dunia, dunia. - CARI


Sumber Rujukan: sbs, indiantimes, theaustralian, msn news

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak ddk kat canada. Mana tau dpt cikki sana ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 15-2-2019 12:57 PM
Teringin nak ddk kat canada. Mana tau dpt cikki sana ke

Terima kasih baca.. Uhhh..  Niat tu nak pindah Kanada sb nak cikki...  Semoga berjaya ya! Hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Archaiv replied at 15-2-2019 01:41 PM
Terima kasih baca.. Uhhh..  Niat tu nak pindah Kanada sb nak cikki...  Semoga berjaya ya! Hehehe.. ...

X termampu lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:21 PM | Show all posts
i pun vorinkkk dah duk key el.
nak duk sana jugakkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 15-2-2019 03:21 PM
i pun vorinkkk dah duk key el.
nak duk sana jugakkkk

Terima kasih baca.  Duduk keyel memang boring.  Cuba berdiri pastu jalan2 sikit sana-sini. Hehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin gek nak migrate xde ke balak2 overseas nak kawen ngan awek malais ni kan? Hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 15-2-2019 04:32 PM
Teringin gek nak migrate xde ke balak2 overseas nak kawen ngan awek malais ni kan? Hahaha

Terima kasih baca. Jodoh tu perlu dua, doa dan ikhtiar.  Jadi,  kalau doa dan terus doa ya. Ikhtiar tu letak kuat pada niat pindah kat Kanada dan jumpa seseorang.

Mcm saya,  saya mcm baru nak buat saja solat hajat banyak2 supaya Mira Filzah dating dengan saya sekali saja... Hehehe... Doakan saya ya!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Archaiv replied at 15-2-2019 05:09 PM
Terima kasih baca. Jodoh tu perlu dua, doa dan ikhtiar.  Jadi,  kalau doa dan terus doa ya. Ikhtia ...

Hahaha ok ok saya tolong doakan..jgn lupa belanja tau klu dpt dating!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik haku 2 org pindah Sana n keje Sana...Dubai n Saudi cm syiok je haku tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 16-2-2019 10:28 AM
Adik haku 2 org pindah Sana n keje Sana...Dubai n Saudi cm syiok je haku tgk

Terima kasih baca.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 04:28 PM | Show all posts
cara ini sangat pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nak jugak ke sana sambil2 cari jodoh org sana
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 04:37 PM | Show all posts


teringin nak migrate area UK sana.
sebab banyak kawasan2 best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062232 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list