Mungkin lemas dengan komen negatif dan kecaman demi kecaman diterimanya, Suhaimi Saad mula menjaja nama anaknya pula kononnya untuk menanam rasa bersalah dalam diri setiap pengkritiknya.
Bagaimanapun, tindakannya itu sekali lagi memancing emosi netizen. Malah, mereka mempersoalkan cara didikan penyanyi nasyid itu yang tidak membenarkan anaknya menonton televisyen, tetapi pandai 'bermain Facebook'.
"Tak boleh tonton TV, tapi boleh buka dan baca komen di FB?"
Sementara itu, dalam kemas kini terbarunya, Suhaimi berkongsi progres pendidikan anak-anaknya yang kini sudah mengenali beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang merujuk kepada Tuhan, malaikat dan nabi.
Namun, Suhaimi menegaskan dia tidak mengajar anaknya mengenai bentuk bumi kerana ia hanyalah kajian untuk dirinya semata-mata.
Postingnya itu membuat orang ramai bimbang dengan masa depan anak-anaknya.
Apabila ditanya bagaimana anaknya akan mencari pekerjaan dewasa kelak jika tidak memiliki sebarang sijil yang diperakui, ini jawapan Suhaimi Saad;
Kredit foto: FB Suhaimi Saad
Jika dilihat menerusi ruangan komennya, ramai juga menyebelahi Suhaimi Saad dan menyokong kenyataan serta pandangannya yang mencetuskan kontroversi.
Sukar rasanya mahu berhujah dengan golongan seperti mereka. - CARI |