CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2388|Reply: 13

Dua Guru Tadika Ditahan Polis Kerana Merotan Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 21-2-2019 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang guru dilihat merotan seorang kanak-kanak di atas lantai di sebuah tadika bahasa Cina di Itali. Kredit foto: South China Morning Post






Dua orang guru di sebuah tadika bahasa Cina di Itali ditahan kerana disyaki melakukan penderaan fizikal terhadap 10 kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun, baru-baru ini.


Memetik laporan South China Morning Post pada 20 Februari lalu, rakaman video di tadika berkenaan menunjukkan dua wanita yang dikenali sebagai Zheng Moli, 38, dan Hong Pingping, 26, menendang dan mencampakkan beberapa kanak-kanak di atas lantai.


Mereka juga dilihat menggunakan objek yang menyerupai rotan untuk menyebat kanak-kanak tersebut.


Penderaan terhadap kanak-kanak di tadika berkenaan dirakam melalui tiga unit CCTV yang dipasang polis. Kredit foto: South China Morning Post





Semua kanak-kanak terbabit berketurunan Cina namun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua suspek itu warga China atau Itali.


Selain dua guru berkenaan, seorang lagi kakitangan tadika yang terletak di Prato, Tuscany itu turut disiasat oleh polis.


Polis memulakan siasatan terhadap tadika berkenaan Disember lalu selepas ibu bapa membuat laporan tentang layanan buruk yang diterima oleh anak-anak mereka.


Tiga kamera televisyen litar tertutup (CCTV) seterusnya dipasang di dalam bilik darjah untuk memantau perbuatan kakitangan tadika tersebut.


Salah seorang guru yang ditahan mendakwa dia tidak tahu perbuatan merotan kanak-kanak adalah satu kesalahan di Itali. Kredit foto: South China Morning Post





"Tiada siapa yang memberitahu saya bahawa menggunakan rotan untuk 'mendidik' kanak-kanak adalah satu kesalahan di Itali. Di China, kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak," kata Zheng.


Walau bagaimanapun, undang-undang China melarang hukuman sedemikian di sekolah malah seorang bekas guru tadika di Beijing dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara pada Disember lalu setelah didapati bersalah kerana mencucuk empat murid dengan jarum untuk menghukum mereka. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
darpada ko jaga tadika baik masuk kancah dunia persundalan. ko rotan je costumer ko ala2 bdsm
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:41 PM | Show all posts
budak tadika belum cukup akal pun nak dirotan.bodo punya cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 03:00 PM | Show all posts
reti pulak sepet2 ni pindah itali...wakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kene penjara, i think rotan is so outdated
Dekat UK, kids dilayan as individual, their rights are truly respected
Masuk sekolah Malaysia, cikgu jerit2 suruh beratur kat padang mcm halilintar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengoklah perangai asians
Bukan melayu je
Mmg kebanyakannya pendera
Xde emphaty pada kanak2

Pstu kanak2 yg survived membesar dgn “bangga” kena sebat teruk masih hidup dan jadi “orang” kononnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgujun replied at 21-2-2019 04:01 PM
Padan muka kene penjara, i think rotan is so outdated
Dekat UK, kids dilayan as individual, their r ...

Itulah
Jerit2, dera kanak2 , jemur tengah hujan panas
Masalah mental agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 21-2-2019 02:28 PM
darpada ko jaga tadika baik masuk kancah dunia persundalan. ko rotan je costumer ko ala2 bdsm

Ahahaha tersembur ayaq ketum akak, dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk itali pn perangai naharom xberubah
Mana2 pn akan sama je

Mohon mafia itali setelkn kes ni cepat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya mereka ni... Kesian budak2.. jadi mangsa. Mesti budak2 tu trauma nak ke tadika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 10:50 AM | Show all posts
helicornia replied at 21-2-2019 02:41 PM
budak tadika belum cukup akal pun nak dirotan.bodo punya cikgu

di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. patutnya patuh dengan undang-undang negara di mana dia bekerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 10:50 AM | Show all posts
sehirkedi replied at 22-2-2019 05:24 AM
Ganasnya mereka ni... Kesian budak2.. jadi mangsa. Mesti budak2 tu trauma nak ke tadika.

mungkin tak dak sijil jadi guru tadika kot. tak paham psikologi kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 10:10 AM | Show all posts
helicornia replied at 21-2-2019 02:41 PM
budak tadika belum cukup akal pun nak dirotan.bodo punya cikgu

cikgu tu pun belum cukup akal kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2019 10:11 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 21-2-2019 05:11 PM
Duduk itali pn perangai naharom xberubah
Mana2 pn akan sama je

mafia itali pun ramai dah berhijrah datang amerika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.070808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list