CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7537|Reply: 62

[Tempatan] Kuala Selangor: Seorang lelaki takutkan cacing gelang yang disangkakan ular.

[Copy link]
Post time 1-3-2019 06:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-2-2019 02:35 PM


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 804x452.

Hasil pemeriksaan mendapati bukan ular ditemui sebaliknya cacing gelang sepanjang 12.7 sentimeter.

KUALA SELANGOR - Gara-gara terlampau cemas, seorang lelaki sanggup menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkan seekor cacing gelang yang disangkanya ular di rumahnya di Jalan Cemara 3, Saujana Utama 1, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 9.09 malam, apabila reptilia itu ditemui di dalam bilik tidurnya.

Pegawai Operasi Pasukan Bomba Sukarelawan Saujana Utama, Azman Abdul Razak berkata, seramai tiga anggota bersama sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 9.11 malam daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh.

"Hasil pemeriksaan mendapati bukan ular ditemui sebaliknya cacing gelang sepanjang 12.7 sentimeter.

"Cacing itu kemudiannya dilepaskan di habitat asalnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, penghuni rumah itu membuat panggilan kecemasan kerana tidak pasti jenis reptilia yang memasuki rumahnya selain bimbang keselamatan ahli keluarganya.

Ujarnya, walaupun kes itu dianggap kecil namun merupakan tugas bomba bagi memberikan bantuan dan perkhidmatan sewajarnya.

"Ini merupakan kes kedua apabila Oktober tahun lalu kita pernah menangkap anak biawak sepanjang 15.24 sentimeter yang disangka ular selepas hanya melihat ekornya sahaja," katanya.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.


http://www.kosmo.com.my/negara/bukan...ahaja-1.850378

__________________



@Malaysia.Doom harap bukan bangsa bugis!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi kesian abam bomba kena tgkp cacing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 06:28 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 28-2-2019 02:24 PM
Adoi kesian abam bomba kena tgkp cacing

tak boleh tahan dah ketawa

macam ni punya manusia pun ada!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-3-2019 06:28 AM
tak boleh tahan dah ketawa

macam ni punya manusia pun ada!

Cacing ngan ulau pun tak reti beza, baik terjun sungai jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahha adoiiii serius lah.. Dia tak kenal ular ke or dia mmg igt tu anak ular. Hahahaha gelak aku baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
penakutnya khau bang.... gitu punya binatang kecik nk susahkn bomba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2019 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok...ini memang lawak. ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakaka nanya bomba jah tak mencabar langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Weiii panic wei..mgkn bro tu ingat anak ular..pass tu bro tu bayangkan pulak mesti mak pak ular ada kt rumah tu yg panggil bomba...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai lelaki zaman sekarang...alahai
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:07 AM | Show all posts
sedaya upaya abang bomba cuba tahan gelak





Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:38 AM | Show all posts
sure abang2 bomba sakit hati dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan cacing, memang ular. Brahminy blind snake. Mmg saiz dia mcm tu. Ular buta yg x bahaya malah sgt bagus utk kesuburan tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemanggil sejenis penggeli ular kot..kalau i sendiri encounter benda ni pon walau besar misai udang pon mau gelupur kelam kabut panggil semua org tuk bunuh/buang..i xboleh bende meliuk2 ni.iolls geliii
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 07:58 AM | Show all posts
Comelnya cacing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 1-3-2019 08:12 AM
Dovahkiin replied at 1-3-2019 07:40 AM
Bukan cacing, memang ular. Brahminy blind snake. Mmg saiz dia mcm tu. Ular buta yg x bahaya malah sg ...


Ya betui tu. Dikenali flowerpot snake. Tapi memang nampak macam cacing. & tidak menggigit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
So cacing ke ular ni? Aku klu Ade bnde merayap ni da meremang,,
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 08:34 AM | Show all posts
melampau sangat ko

even anak ular sekali pun
besar tu je kot
kais dgn penyapu buang jauh2 je

ni lagi la
cacing!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 08:56 AM | Show all posts
Ni pesen laki aku. Cacing disangkanya anak ular. Kompiden dia gtau aku hati-hati sebab ada ular.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 09:12 AM | Show all posts
tengok gambau macam cacing..
bila google macam ulau pun ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.071842 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list