View: 4936|Reply: 34
|
Pencinta Kopi! Kenali Senarai Kopi Paling Mahal Pada Masa Kini
[Copy link]
|
|
Kopi adalah jenis minuman yang amat digemari di seluruh dunia. Bagi pencinta kopi, rasa bagi setiap jenis kopi yang diminum adalah berbeza.
Tetapi, jangan tidak tahu kerana kopi juga mempunyai harga tertentu mengikut kualiti. Malah, mungkin kita tidak sangka harganya boleh menjadi begitu mahal.
Ini antara enam jenis kopi termahal di dunia. Walaupun mahal, ia tetap ada peminat tersendiri.
6. Fazenda Santa Ines
Kopi Fazenda Santa Ines memang sudah terkenal pada zaman dahulu lagi. Ia sudah ada dalam pasaran dunia lebih 100 tahun lalu. Malah, ia hanya ditanam di pergunungan Mantiquera, Brazil. Pergunungan yang sejuk mampu menghasilkan biji kopi yang terbaik.
Rasa kopi yang manis seperti buah-buahan membuatkan kopi ini sangat digemari di seluruh dunia. Harga kopi ini mencecah RM400 sekilogram.
5. Jamaica Blue Mountain Coffee
Kopi Jamaica Blue Mountain Coffee ini ditanam di Blue Mountains di Jamaica yang mempunyai ketinggian 7402 kaki dari aras laut. Kurang rasa pahit kerana mempunyai rasa manis bunga, aroma herba dan wangian rempah.
Kopi ini banyak dieksport ke Jepun kerana penduduk Jepun sangat mengemarinya. Harganya lebih RM460 sekilogram.
4. St. Helena
Kopi ini mempunyai rasa yang sama seperti kopi Hacienda kerana memiliki aroma bunga bercampur dengan wangian jeruk selain mempunyai rasa manisn tersendiri.
Ia diiktiraf oleh Nepoleon Bonaparte semasa diasingkan pada tahun 1816. Dia berkata, tiada kopi sesedap itu di dunia ini. Harganya melebihi RM700 sekilogram.
3. Kopi Luwak
Kopi Luwak dari Indonesia ini pernah mengemparkan dunia suatu ketika dahulu yang merupakan kopi paling mahal di dunia kerana biji kopinya dikutip dan dibersihkan dari najis luwak dan kemudiannya diproses.
Ia memerlukan proses yang panjang dan memakan masa menjadikan kopi ini antara yang termahal. Harga kopi ini RM1400 sekilogram.
2. Hacienda La Esmerald
Kopi Hacienda ini hanya tumbuh di ketinggian 1850M di atas permukaan laut di bahagian barat Panama. Rasa kopi ini seperti dicampur dengan madu kerana mempunyai kemanisannya yang tersendiri dan tidak dicampur dengan bahan pemanis seperti gula.
Kopi Hacienda dimiliki oleh keluarga Peterson yang pernah mendapat anugerah rasa kopi terbaik di dunia. Tidak hairanlah kalau kopi ini jenis kopi kedua termahal di dunia.
Ia dijual dengan harga RM3200 sekilogram. Selain itu, kopi ini tidak dijual secara langsung dan dijual secara lelongan. Oleh sebab itu, ia hanya ditemui di tempat-tempat tertentu sahaja.
1. Kopi Gajah / Black Ivory
Kopi Gajah atau Black Ivory ini berasal daripada najis gajah. Seorang wanita Thailand mengumpul biji-biji kopi yang merupakan najis gajah dan kemudiannya dibersihkan, lalu dibuat kopi.
Selepas itu, kopi ini dikaji semula oleh seorang pengusaha kopi bernama Blake Dinkin dan menghabiskan ASD300 ribu untuk memastikan kopi ini mempunyai kualiti yang baik.
Ia diproses melalui system pencernaan gajah, di mana enzim yang dikeluarkan dalam proses pencernaan gajah mengandungi protein dan proses ini mengambil masa yang lama.
Pemintaan kopi ini semakin tinggi walaupun mempunyai harga yang sangat mahal. Harga kopi gajah ini sekitar RM4800 sekilogram menjadikan ia yang termahal di dunia setakat ini.
Harga kopi yang mahal dipengaruhi oleh proses penghasilannya yang rumit dan memerlukan masa kerana kualiti pembuatannya haruslah dijaga dengan baik.
Tidak semua mampu menikmati kopi ini yang selalunya dinikmati di hotel-hotel mewah di Thailand dan Abu Dhabi sahaja.
Kredit foto: HITsa
Bagi penggemar kopi, harga yang mahal adalah berbaloi jika mampu menikmati rasa kopi yang enak dan menenangkan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Blue mountain tu best
Yg lain x pernah rasa |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa kecil mak ayah tanam kopi dan proses sendiri serbuk kopi. serbuk2 kopi asia fames banyak dari taik binatang. geli pulak dengar. iols tak minum kopi sebab gastrik tegar |
|
|
|
|
|
|
|
Luwak je i pernah rase. I like it. But i like all coffee.
Calling coffee snob @Changa |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya dpt kopi tetengahari ni.. {:childlike
|
|
|
|
|
|
|
|
kopi pagi pagi baru nampak dunia |
|
|
|
|
|
|
|
kopi najis binatang ni idak le teman nak rasa walaupun kata sedap...tak tergamak.. |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 4-3-2019 01:57 PM
Luwak je i pernah rase. I like it. But i like all coffee.
Calling coffee snob @Changa
Iouls neskopi sajork....
|
|
|
|
|
|
|
|
PristineOne replied at 4-3-2019 02:22 PM
Iouls neskopi sajork....
Kopi mahal pok cik x yah minum. Belanje iols je ye abg jamil |
|
|
|
|
|
|
|
luwak jer da pernah rasa
member balik holiday bagi souvenier
rasa oklah tapi tekak iolss hanya boleh lepas arabica
yg lain2 tu teringin nak rasa, tp mahal namatey
tercirit gajah nak membayor kat kaunter |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingatkn kopi foodtruck paling mahal |
|
|
|
|
|
|
|
mana kopi cap gantang..aku rasa sedap sangat dah lepas beli kat Pekan Rabu bulan lepas..bancuh pekat2 tanpa gula...nyammmmm |
|
|
|
|
|
|
|
i suka 434 mmg sedap x cukup secawan |
|
|
|
|
|
|
|
Geli pulak tgk kopi dalam taik gajah tu.. yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
kopi aik cheong pun sedap ada rasa mentega |
|
|
|
|
|
|
|
Chemp pernah try kopi luwak. Mula2 geli jugak fikir biji kopi tu dari najis luwak. Lepas tgk sendiri cara proses baru yakin nak try. Bau kopi luwak kuat tapi rasa tak pahit mana. Kopi luwak yg dihasilkan dari tanah tinggi dan tempat lain juga ada sedikit beza. Kopi luak dari Bali Pulina lagi sedap dari One Bali Agro. |
|
|
|
|
|
|
|
Any coffee y dibuat drpd taik binatang mmg aiolzs takkan dpt terimaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 4-3-2019 03:08 PM
aku ingatkn kopi foodtruck paling mahal
Wahahahahaha tersembur kopi food truck aku tgh minum ni |
|
|
|
|
|
|
|
sdpnya kopi.. iolss prnh rasa kopi luwak jer.. yg lain2 xprnh cuba lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
chempaka.ayu replied at 4-3-2019 05:32 PM
Chemp pernah try kopi luwak. Mula2 geli jugak fikir biji kopi tu dari najis luwak. Lepas tgk sendiri ...
Siyess r x pahit mana...wktu cuba dulu, org yg srve tu suh letak 3biji je gula...ai letak dkt 13bijik pun still rasa pahitttt gle |
|
|
|
|
|
|
| |
|