View: 2799|Reply: 2
|
'Momo Dah Mati!' - Kerana 'Momo Challenge' Pencipta Terpaksa Musnahkan Ukiran M
[Copy link]
|
|
Dikenali ramai sebagai 'Momo', ukiran yang menakutkan ini menjadi viral di seluruh dunia kerana permainan gila 'Momo Challenge' yang beredar meluas di aplikasi sembang WhatsApp.
Kredit foto: Instagram
Meledak di media semasa, Momo Challenge menyebarkan rasa panik ke seluruh dunia sejak tahun lepas kerana mencabar penerima mesej supaya mencederakan atau membunuh diri mereka serta orang lain.
Ianya juga menyebabkan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan orang dewasa. Malah, personaliti siri realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian pernah memberikan amaran kepada 129 juta pengikutnya supaya mengabaikan permainan gila itu.
Kredit foto: KWWL
Ramai tidak mengetahui bahawa tidak seperti watak Slanderman atau The Rake, Momo sebenarnya hanyalah ukiran yang dihasilkan oleh Keisuke Aiso, seorang artis berusia 46 tahun dari negara Jepun. Ukiran itu dipamerkan dalam sebuah galeri berkonsepkan seram di Tokyo.
Kredit foto: The Sun
Malangnya, imej Momo yang menakutkan telah dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk cabaran berbahaya itu. Ini menyebabkan Keisuke Aiso berasa bersalah kerana terpalit dengan isu yang mencetuskan rasa panik di seluruh dunia.
Kredit foto: Youtube
Sehubungan itu, Keisuke Aiso telah membuat keputusan sukar untuk memusnahkan ukiran tersebut.
'Sila sebarkan kepada kanak-kanak seluruh dunia bahawa Momo sudah mati.
'Ianya tidak wujud lagi, sudah reput dan telah dibuang,' katanya kepada The Sun.
Kredit foto: The Sun
Ukiran Momo dengan konsep mirip burung sememangnya menghantui kerana senyumannya yang sinis dan matanya yang merenung tajam diilhamkan dari kisah dongeng Jepun, Ubume.
Dalam cerita Ubume, ibu yang mati ketika melahirkan anak akan bertukar menjadi burung yang menyeramkan.
Kredit foto: Youtube
Kini, yang tinggal hanya bola mata Momo dan Keisuke bercadang untuk menggunakannya semula untuk projek lain.
Diharap dengan musnahnya ukiran Momo, cabaran gila ini akan berakhir! - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah, momo ni dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.engadget.com/2019/03 ... omo-challenge-hoax/
Adults are the only ones who fell for the Momo hoax
Oh man, we really do live on the dumbest timeline. You probably recognize the horrifying visage you see above: it's Momo, the mascot for the internet's newest outrage sensation. The Momo Challenge, as it's called, reportedly encourages children and teens to commit increasingly brazen acts of self-harm and criminality. It's also a complete and utter, laughably obvious hoax. [b]Your kids are fine, literally nobody on the entire internet has fallen for this -- except, well, countless adults, law enforcement agencies, news outlets and school districts. You know, the responsible folks.
The Momo in the picture, it should be noted, is real. The figure is not digitally generated, nor is it photoshopped. "Momo" actually exists as a static sculpture, dubbed "Mother Bird," and was created by Japanese artist Keisuke Aisawa, who made it for his employer: the special effects company, Link Factory. It was first displayed in a Tokyo horror-art gallery back in 2016. |
|
|
|
|
|
|
| |
|