|
Remaja 18 tahun cedera dikelar teman lelaki kakaknya kerana menegur lelaki itu menumpang di rumah keluarganya.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Taman Seri Kijang di Bukit Mertajam, Seberang Perai kira-kira jam 10.20 malam kelmarin.
Dalam kejadian, suspek berusia 20 tahun menyerang mangsa dengan sebilah parang menyebabkan kecederaan pada perut, betis kanan dan pergelangan tangan kiri mangsa.
Foto: Kosmo!
Difahamkan, mangsa kurang senang dengan suspek yang tinggal di Parit Buntar, Perak kerap menumpang di kediaman keluarga teman wanitanya dan pernah mengugut akan memukul pasangan terbabit jika ternampak mereka di rumah berkenaan.
“Suspek bersama teman wanita kemudian pulang ke rumahnya di Parit Buntar dan dia mengambil parang serta rotan sebelum berpatah balik ke rumah mangsa.
“Kemudian, berlaku pergaduhan antara mereka berdua sebelum suspek melibas parang ke arah adik teman wanitanya dan kejadian itu berjaya dileraikan bapa mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.
Tambah Nik Ros, pihaknya menahan suspek sejurus menerima maklumat serta merampas parang dan rotan di dalam rumah itu.
Suspek kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami kecederaan parah.
Suspek yang tidak memiliki rekod lampau direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|