Foto: IG
Nampaknya ucapan Redza Rosli sempena ulang tahun kelahiran Ayda Jebat semalam menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan mereka bercinta!
"ada hari yang istimewa ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi dan semoga Allah merahmati awak selalu. Memikirkan tentang awak akan membawa senyuman kepadaku. Dan senyuman itu menjadi lebih jelas apabila saya bersama awak. Terima kasih kerana menunjukkan erti sebenar cinta. Terima kasih untuk segala perkara indah yang telah awak berikan. Awak adalah sebab untuk saya senyum setiap hari. Tidak perlu hari yang istimewa untuk mengingatkan saya betapa istimewanya awak kerana bintang akan sentiasa bersinar setiap kali awak berada dekat dengan saya. Hari jadi yang indah!" tulis Redza.
Selamat hari jadi Ayda Jebat! Didoakan semoga hubungan Redza dan Ayda berkekalan hingga ke jinjang pelamin. -CARI
|