Gara-gara memuat naik foto yang menampakkan bahagian bawah lengan yang menggeleber, pelakon Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan sapaan Kina menjadi bahan kutukan netizen. Bukan setakat memerli dan mengkritik kulit di bahagian ketiak Kina sebagai berkedut dan hitam, netizen malah menyamakan ia dengan makanan seperti kulit ayam dan kuih Akok!
Lebih memalukan apabila ada yang menjadi sarkastik dengan bertanya pada Kina sekiranya pelakon itu terlupa untuk menseterika kulit lengannya. Tak baik!
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Ketiak Kina menjadi sasaran kritikan netizen..
"Kulit Ayam Ke Tu?" - Netizen Kutuk Ketiak Sharifah Sakinah Kedut & Hitam...
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Namun, ada juga yang berang dengan kutukan yang dilemparkan kepada Kina dan cuba mempertahankan Kina yang terkenal dengan watak gadis 'bimbo' itu.
Pertahankan Kina..
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Tidak kurang juga yang cuba menasihati Kina untuk menutup aurat agar terpelihara segala aib.
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Kina bagaimanapun tidak menggelabah dengan segala kritikan dan kutukan netizen dan sebaliknya memuat naik satu lagi foto dan mengatakan yang dia tidak malu dengan kekurangan yang dimilikinya.
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Pernah gemuk menyebabkan Kina mempunyai lebihan kulit pada bahagian bawah lengan yang sukar untuk dihilangkan..
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Macam-macam netizen ni sampaikan ke ketiak pun nak diteropong. Biasalah kalau kulit bahagian ketiak berkedut dan sedikit gelap. Macam lah yang mengutuk tu 'perfect' sangat. Ye tak? -CARI |