Selain bertemu rakan seni, selebriti juga harus bijak membawa diri, berpakaian kena dengan majlis, bijak berkomunikasi, pandai mencipta ruang perbualan sesama tetamu dan lain-lain. Jadi, artis yang tiada keyakinan diri, suka berdrama dan citarasa fesyen teruk ppasti tidak dijemput menghadiri majlis ini.
"Acara sebegini win win situation kepada penganjur dan juga selebriti. In this case, selebriti dapat peluang
untuk endorsement product dan macam-macam lagi. Dalam hal sebegini PR Manager memastikan artis mereka
diundang ke acara sebegini supaya tak bergelar artis sangkak ya. Artis sendiri kena repo baik, silap-silap
lone ranger artis yang takda manager pun dapat undangan kalau communication skills bagus.
Antara pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan
Merujuk kepada video kehadiran Selebriti ternama yang menghadiri acara anjuran Coach, kelihatan kelibat penyanyi Indonesia, Anggun, Zahirah Mac Wilson diiringi Aiman Hakim Ridza, pasangan meletup Fazura dan suaminya Fattah Amin, Bront Palarae, Keith Foo dan Atlet Riduzan Puzi. Kehadiran mereka disambut meriah oleh jurugambar dan juga peminat-peminat yang berada di luar dewan.
Ada juga netizen yang turut memberi komen mengenai kehadiran artis awal tahun 2000 sekaligus menjelaskan artis yang tidak menarik tidak akan dijemput.
Kredit foto: IG
"Dulu pernah ada artis yang kena halau balik sebab datang event pakai barang fake ya, dan belum lagi senarai artis yang
diblacklisted sebab "buat hal" di acara-acara classy camni. Walaupun tak ramai , tapi wujudlah golongan artis yang
tak boleh dibawa majlis. Bagi meols, acara acara sebegini merupakan peluang dan pembuka jalan kepada
selebriti untuk lebih diangkat imej dan sumbangannya terutama dalam bidang seni dan juga retails.
Malahan ia turut mengundang rasa ingin tahu netizen mengenai artis yang dihalau dari majlis barangan Louis Vuitton (LV) kerana memakai barangan LV tiruan. Hinggakan ada wartawan akhbar tempatan yang turut ingin tahu siapa yang dimaksudkan tetapi ianya tidak dijelaskan oleh SepitSiput.
Kredit foto: IG
Kesimpulannya, hanya artis yang tampak elegan serta bijak mencuri peluang dalam ruang lingkup korporat akan mendapat impaknya. Ini kerana orang korporat tidak mengenali selebriti dari hasilkerjanya. Mereka mengenali kerana hubungan baik yang terjalin antara artis dan juga jenama mewah ini. Jadi, artis mana lagi yang sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa? - CARI