Antara banyak video blogger (atau vlogger) yang terkenal di media sosial, mungkin Nas Daily salah saorang yang paling dikenali di Malaysia kerana kandungannya yangs sering menjadi tular.
Selain itu, Nas Daily juga pernah menjadi kontroversi kerana mengkritik negara Malaysia yang menolak untuk memberikannya visa pelawat atas sebab beliau memiliki passport Israel.
Kredit foto: Nas Daily
Selain itu, walaupun dilahirkan Muslim, Nas atau nama sebenarnya Nuseir Yassin pernah mencetuskan perdebatan apabila beliau mengatakan tidak mempercayai agamanya 100% kerana dia bukanlah seorang yang alim dan tidak mahu dikongkong oleh sesebuah fahaman.
Kredit foto: Channel News Asia
Selama ini, Nas dan teman wanitanya menjelajah seluruh dunia untuk menghasilkan video pengembaraan dan pemerhatian socialnya. Beliau sebelum ini pernah mempertimbangkan Singapura tetapi akhirnya menjadikan San Fransisco sebagai tapak bagi syarikat online mereka.
Kini nampaknya dia telah bertukar fikiran.
Kredit foto: Nas Daily
Dalam sebuah status video terbarunya, Nas memutuskan akan berpindah dari San Fransisco dan menetap di Singapura dalam masa terdekat. "Setelah mengembara selama 3 tahun, saya memutuskan untuk menetap di Singapura,"dedahnya.
Kecintaan Nas terhadap negara itu pernah diluahkannya dalam video 'Why I Hate Singapore'.
Kredit foto: Nas Daily
Salah satu kekagumannya terhadap negara itu termasuklah kemampuan mereka untuk mencapai kemajuan dalam masa 53 tahun sahaja. Nas berpendapat kemajuan Singapura menjadikannya sebuah lokasi yang tepat untuk mengembangkan jenamanya.
Kredit foto: Nas Daily
Pengumuman Nas itu turut disahkan oleh teman wanitanya, Alyne Tamir menerusi Instagramnya. Walau bagaimanapun, pasangan itu belum membuat keputusan untuk menetap berapa lama.
Adakah kandungan video blognya akan lebih bernuansa Asia selepas ini? Atau adakah dia akan sekali lagi mencetuskan kontroversi? Kita nantikan.-CARI
|