CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3306|Reply: 10

Guna 'Allah' Dalam Ucapan Perayaan Holi, Shah Rukh Khan Dipertikai

[Copy link]
Post time 23-3-2019 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminatnya apabila memasukkan perkataan 'Allah' dalam ucapannya kepada penganut Hindu.




Kredit foto: iamsrk




Menerusi Twitter, pelakon yang popular dengan gelaran SRK itu menyatakan, "Saya mengucapkan Selamat Hari Holi yang sungguh menggembirakan kepada semua! Semoga Allah mengisi kehidupan kamu dengan warna-warna kehidupan yang tercantik dan memberi kesihatan dan kebahagiaan."


Walaupun rata-rata peminatnya membalas ucapan itu, namun ada juga segelintir penganut Hindu yang tidak selesa dengan ucapan tersebut kerana berasakan perkataan 'Allah' itu tidak sesuai digunakan untuk ucapan perayaan agama Hindu.



Antara respon peminat yang tidak senang dengan ucapan SRK. Kredit foto: iamsrk


"Kenapa kamu tak cakap 'Semoga Tuhan mengisi....'? Kenapa perlu pakai terminologi Islam pada penganut Hindu walaupun pada hari perayaan mereka?"


"Selamat Hari Holi! Shri Ram saya dah memberi kamu cukup pengetahuan yang Holi dan Ola (Allah) tidak mempunyai kaitan. Ia umpama mengatakan yang Burqa adalah satu pilihan. Namun saya tumpang gembira peminat-peminat kamu yang bodoh tolong tepukkan tangan pada tweet kamu ini."


"Cara terbaik untuk membalas ialah dengan memberi ucapan yang sama. Pada Hari Raya kita patut ucapkan kepadanya Semoga Shri Ram memberi kamu kebahagiaan dan kesihatan..."


Walau bagaimanapun, komen-komen negatif ini juga mendapat tentangan dari majoriti netizen kerana dianggap berbaur perkauman dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan masyarakat India yang berbilang agama.




Perayaan Holi. Kredit foto: Wikipedia



Menurut kalendar Hindu, 21 Mac 2019 merupakan hari sambutan perayaan Holi, yang juga dikenali sebagai festival warna dan disambut selama dua hari di India. Perayaan ini disambut penuh meriah, menyaksikan orang ramai tidak kira tua atau muda, bergembira meraikan hari tersebut dengan pelbagai serbuk berwarna dan percikan air.


Walaupun sambutan ini berakar umbi dari kepercayaan agama Hindu, adakala ia turut disambut oleh bukan Hindu secara suka-suka. Pada malam hari pula, masyarakat India akan mengunjungi rakan dan sanak-saudara. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2019 02:37 PM | Show all posts
Di Sabah saya selalu nampak di WhatApps saudara mara Kristian mengucapkan 'Selamat Hari Raya, barakatan ko do Kinorohingan...' kepada orang Islam. Tidak menjadi masalah kepada mereka langsung, malahan happy kerana orang lain agama sudi berkongsi kegembiraan.

Lain padang lain belalang

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
He simply wanted to wish his God to give his bless to other people with different religion. Bukannya nak convert org pun. Ingatkan mesia je perangai sakai cmtu. Alah, mcm yg kata gbr salib tu ptt dharamkanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. warna warni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ouuuuuhhh jd
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia bangang cetek otak mcam tu semua lah sebenarnya tak islamic.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan xtau ummah hindu kat sana kan anti islam
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka kan multipurpose country
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 09:51 AM | Show all posts
tak nampak pun dia satu kesalahan...... Bagus jugak selalu sebut nama Allah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:30 PM | Show all posts

teringin betul nak main serbuk2 holi ni
lepas tu dengan main baling tomato dekat spain ke mana tah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu penah baca kat mana ntah heshe ni cakap dia penah sembahyang time mak dia mati je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062660 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list