Agak panas dengan pelbagai kontroversi, dari putus tunang hingga ke gimik persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-33, ternyata Sufian Suhami masih diminati dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Baru-baru ini, Sufian atau lebih dikenali sebagai Baby Pian telah dijemput oleh stesen radio Era dan dicabar untuk melakukan sesuatu yang mungkin anda juga tidak sanggup melakukannya. Hmm, cabaran apakah itu?
Penyanyi lagu 'Di Matamu' itu telah dicabar oleh penyampai radio untuk menghubungi bekas teman wanita dan meminta maaf ataupun 'sorry'. Sufian yang kelihatan 'cool' dan 'sporting' menyahut cabaran tersebut.
Namun, siapakah bekas teman wanita yang dihubungi Sufian itu? Nampaknya, identiti gadis tersebut dirahsiakan dan mencetus seribu pertanyaan daripada peminat.
Video itu telah dimuat turun di laman sesawang YouTube Era.FM dan mempunyai hampir 400,000 tontonan. Rata-rata penonton memberi komen yang mencuit hati.
Simpan lagi nombor..kalau aku jangan harap..
Ternyata Sufian masih menyimpan nombor telefon bekas teman wanitanya. Yang pasti, sudah tentu bukan Elfira Loy ya! - CARI
|