View: 2264|Reply: 7
|
'Halalkan Ganja Demi Perubatan?' Bicara Jumaat Ini Dalam Analisis TV Alhijrah
[Copy link]
|
|
Ramai yang terkejut dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki berumur 29 tahun pada 30 Ogos tahun lepas kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 1.4 kg THC dan 279 gram ganja mampat.
Kredit foto: Facebook
Ini kerana lelaki itu menggunakan bahan tersebut untuk rawatan alternatif dan telah merawat lebih 800 pesakit menggunakan ganja.
Susulan itu, perdebatan hangat berlangsung antara dua pihak; satu pihak yang menyokong penghalalan ganja sebagai bahan perubatan dan pihak yang satu lagi menentang sekeras-kerasnya tindakan menghalalkan ganja.
Kredit foto: Facebook
Pihak yang menyokong termasuklah beberapa ahli politik dan pengkaji perubatan, manakala yang menentang adalah penguatkuasa undang-undang.
Susulan isu yang panas ini, rancangan Analisis Bersama Finaz Yunus di TV Alhijrah bakal membincangkan tajuk 'Halalkan Ganja Demi Perubatan?' pada Jumaat, 5 April, Jam 10 malam.
Antara panel yang telah dijemput termasuklah Puan Intan Mustika Putri, Presiden Malaysia Society of Awareness (MASA).
Kredit foto: Facebook
Penerbit dikatakan masih lagi mencari beberapa panel lain bagi mewakili pihak penyelidik perubatan dan 'pengamal penggunaan ganja'.
Kredit foto: Facebook
Perbincangan ini sudah pastinya akan mencetuskan perdebatan memandangkan khayalak juga kelihatan masih berbelah bagi mengenai kemungkinan pelaksanaannya, walaupun ada beberapa ahli politik sudah mengeluarkan kenyataan menyokong menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda menyokong usul tersebut? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perubatan saya setuju jer
macam morfin kan?
Cuma morfin tak boleh tanam sendiri?? |
|
|
|
|
|
|
|
alangkan ubat batuk disalah guna. inikan pulak dah terang2 dadah |
|
|
|
|
|
|
|
akak sokong kalau ada proven medicine bukan placebo effect.
sokong ada sistematik places untuk patient yang cure guna ganja bukan open area or private area.
bila xterkawal takut jd port port layan stone pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya orang orang berdaftar atau berlesen boleh bagi rawatan guna ganja |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau untuk tujuan perubatan, ok la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|