Pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Shariffah Mariam Bt Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sherry Al Hadad semalam mendapat pujian daripada ramai kerana kelihatan lebih 'vogue' berbanding dua aktres cantik, Uqasha Senrose dan Farah Nabilah.
Kredit foto : Ig Sherry Al Hadad
Sherry memuat naik video pendek di akaun Instagram miliknya dimana Ketiga-tiga pelakon popular tersebut digandingkan dalam satu sesi fotografi dan diminta untuk membuat gaya dengan tangan diletakkan pada perut.
Apa yang menariknya, Sherry dilihat paling selesa dan yakin semasa menggayakan 'pose' tersebut sehingga mendapat pujian daripada ramai.
Sherry paling 'vogue'..
Kredit foto : Ig Sherry Al Hadad
Manakala, Uqasha dan Farah dilihat seperti'meneran' dan menahan sakit perut lebih-lebih lagi Farah yang mengundang tawa netizen.
Muka Farah paling kelakar..
Kredit foto : Ig Sherry Al Hadad
Bukan sahaja netizen yang merasakan 'posing' Farah kelakar, malah rakan artis Fizz Fairuz turut mentertawakan Farah. Kasihan!
Kredit foto : Ig Sherry Al Hadad
Apa pun Sherry wajar mendapat pujian kerana dia berjaya melakukan 'pose' yang bukan semua orang boleh menjadikannya nampak 'vogue' dan kelas gitu! Untuk Farah dan Uqasha, cuba lagi ye. -CARI
|