Datin Paduka Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman baru-baru ini mendapat pujian daripada para pengikutnya kerana mengenakan baju kurung yang ringkas semasa menghadiri majlis walimatul urus pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz.
Eina dikatakan tidak melebih-lebih dan pandai menyesuaikan pakaian dengan majlis yang berlatar belakangkan suasana kampung atau desa.
Kredit foto : Ig Eina Azman
Apa yang menariknya, walaupun Eina berpakaian ringkas dia tetap kelihatan sangat menawan sehingga ruangan komen gambar tersebut dipenuhi dengan pujian.
Cantik sangat Eina walaupun pakai ringkas..
Kredit foto : Ig Eina Azman
Pandai sesuaikan pakaian dengan majlis..
Kredit foto : Ig Eina Azman
Sememangnya Eina wajar mendapat pujian kerana tidak berlebihan dalam memilih pakaiannya sesuai la dengan suasana kampung. Tidak seperti sesetengah orang, kadang kala lebih sudu daripada kuah. Mengalahkan pengantin! -CARI |