Black hole secara harfiahnya boleh dijelaskan sebagai sebuah lohong hitam yang mampu menarik masuk apa sahaja yang berdekatan dengannya, termasuklah cahaya. Mind blowing bukan?
Kemudian cuba anda fikir sebentar, jika cahaya pun mampu di'sedut' masuk ke dalam black hole, secara logiknya agak mustahil untuk kita menzahirkan rupa bentuk sebenar blackhole ini. Namun setelah penemuan teknologi dan ilmu yang semakin berkembang dari zaman ke zaman, akhirnya kita dapat menyaksikan rupa bentuk lubang hitam gergasi ini.
Digambarkan sebagai sesuatu yang mengerikan, blackhole ini memang di luar keterbatasan ilmu fikiran manusia biasa di mana ukurannya lebih kurang tiga juta kali ganda daripada saiz matahari.
Menurut sumber, imej itu berjaya dirakam selama lima hari dan untuk mem'proses' data yang berjaya dikumpul sehingga menjadi imej sebenar blackhole adalah selama hampir 2 tahun. Lebih kurang 200 pakar astronomi dan saintis berjaya merakam imej tersebut dengan menggunakan 8 teleskop yang berada di lokasi berbeza di seluruh dunia.
Teleskop besar yang digabungkan itu dikatakan diletakkan bersama dan menyerupai luas seluruh bumi dan digambarkan mampu melihat sebiji bola golf di atas permukaan bulan.
Katie Bouman, seorang graduan MIT telah mempelopori projek ini dengan mengetuai penghasilan algorithm dalam penemuan imej sebenar black hole yang dapat disaksikan oleh seluruh dunia ketika ini. B
eliau juga telah menjangka umat manusia akan dapat melihat imej tersebut tidak lama dahulu dalam Tedtalk pada April 2017. Menakjubkan!
Katie bersama data yang akan diproses untuk menunjuk imej sebenar black hole
Lohong hitam paling berat!
Profesor Heino Flacke dari Radbound University mejelaskan bahawa penemuan yang berjaya dirakam itu merupakan sesuatu yang sangat besar berbanding dengan sistem solar kita. Jisim yang dimiliki oleh black hole adalah 6.5 billion kali ganda daripada matahari dan merupakan lubang hitam paling berat di alam semesta.
Projek yang diberi nama Event Horizone Telescope (EHT) merupakan kejayaan terbesar dalam bidang Astronomi terutama kepada ahli saintis dan para astrofizik yang terlibat.
"Kita melihat apa yang mustahil dilihat pada sesuatu ketika dahulu" - pengarah US National Science Foundation, France Crodova.
Subhanallah, hebat ciptaanNYA. Kewujudan lohong hitam ini telah dinyatakan dalam surah At- Takwir, ayat 15-16.
"Aku bersumpah demi bintang yang tersembunyi, Yang bergerak cepat dan yang menyapu.." -CARI |