Seperti biasa, apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pastinya timbul pelbagai fesyen yang kononnya unik dan 'rare'. Bukan sahaja baju untuk wanita yang mengalami perubahan atau sentuhan moden, malahan busana raya lelaki turut dijadikan bahan uji kaji.
Antara yang mendapat perhatian ialah persalinan kurta yang diinspirasikan dari baju tukang masak (Chef) hingga divariasikan pada lima warna menarik. Kurta yang dianggap selesa, longgar dan berkain sejuk ini tidak hanya sesuai dipakai pada hari raya, tetapi netizen mengusiknya sebagai baju Chef yang tak dapat balik raya.
Dengan kolar ala-ala Mandarin serta butang bungkus pada bahagian depan kurta ini saling tidak tumpah dengan busana yang dipakai oleh Chef di hotel. Ada netizen mengusik bahawa baju sebegini memang sesuai untuk lelaki bujang yang perlu membasuh pinggan di dapur. Manakala netizen lain pula menyatakan tidak mustahil satu hari nanti, uniform bomba pula akan dijadikan baju raya.
"akai ni karang, orang asyik mintak menu la."
"Okla tu, dia pergi beraya rumah orang, dia masak. Tuan rumah 'happy'."
Kredit foto: Twitter
Sementara itu, ada yang mengusik pelajar jurusan kulinari tidak perlu membeli baju raya. Ini kerana boleh ulang sahaja uniform yang ada. Malahan rupa-rupanya baju kurta juga pernah dijadikan uniform bagi masyarakat Jawa, lama sebelum kita membuat kurta ala-ala Chef.
Kredit foto: Twitter
Jadi, bagaimana? Anda sudah memilih baju raya untuk sidia tersayang? - CARI
|