[size=3]Laporan Al-Quds Al-Arabi menyatakan Majlis perbandaran Israel di wilayah Safed menukar Masjid Al-Ahmar menjadi bar dan dewan acara.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Masjid yang terletak di utara Palestin telah diceroboh rejim Zionis pada 1948 dan merupakan antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Pada mulanya bangunan tersebut dijadikan sebagai sekolah yahudi, sebelum dijadikan pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud, kedai pakaian dan akhirnya ditukar kepada kelab malam.[/size]
[align=center][size=3]
[/size][/align]
[align=center][url=https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/15/104422iefs5gyg9b7x3fky.jpg][img]https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/15/104422iefs5gyg9b7x3fky.jpg[/img][/url]
[/align]
[align=center][/align]
[size=3]Menurut sumber lagi masjid tersebut dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang ada kaitan dengan majlis perbandaran Israel.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Namanya bertukar kepada Khan Al-Ahmar.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkat kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid berkenaan daripada sebarang pelanggaran.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Sebelum dihalau dari rumah pada 1948, Safed mempunyai 12,000 penduduk Palestin. [b]-CARI[/b][/size]
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
ini je la zionis mampu....nko ubah la jadi apa pun, Islam tetap akan bangkit jua tentang pengecut sprt kamu dan juga penjilat tegar zionis dalam cari..
Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.
Post time 15-4-2019 12:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Isreal berani atau boleh sbb mereka tahu org Islam tak akan serang mereka. Berpuluh tahun Palestine lawan mereka tapi tak ada negara Islam bantu mereka. Cakap lebih shj even IS pun tak berani seorang Isreal.