Sekumpulan petugas PH pada PRK DUN Rantau menahan dan menggeledah sebuah kereta peronda polis pada 13 April lalu. Kredit foto: YouTube
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak bersikap lepas tangan dalam insiden lima ahli parti itu yang menahan kereta peronda polis di hadapan sebuah pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April lalu.
Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, Anwar sepatutnya menjaga maruah mereka serta membantu untuk mendapatkan bantuan guaman untuk ahli-ahli PKR terbabit yang ditahan polis.
Beliau yang juga dikenali sebagai Che'gu Bard berkata demikian seperti dipetik daripada satu kenyataan dalam laman Facebook miliknya pada 15 April.
Kredit foto: Facebook
Badrul Hisham mengulas tentang kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan Bernama pada 14 April bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ahli PKR yang didapati terlibat dalam insiden pergaduhan dan menahan kereta peronda polis di Rantau.
Menurut Anwar, Biro Disiplin PKR akan melakukan siasatan dalaman dan bebas untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Badrul Hisham Shaharin dan Anwar Ibrahim. Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, sebahagian netizen mempunyai pandangan berbeza dengan Badrul Hisham dan menyokong pendirian Anwar berhubung insiden yang memalukan Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu.
Mereka mendakwa, tindakan sekumpulan ahli PKR berkenaan yang berlagak seperti samseng tidak sepatutnya dipertahankan.
Kredit foto: Facebook
Setakat ini, polis telah menahan dua suspek di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam manakala tiga lagi suspek sedang diburu. - CARI
|