Gambar hiasan
Insiden ragut kebiasaannya menjadi pengalaman yang menakutkan dan penuh trauma terhadap mangsa, namun seorang wanita menganggap kejadian jenayah yang dialaminya sendiri baru-baru ini sebagai sesuatu yang lucu.
Mangsa yang berkongsi pengalaman melalui Facebook pada 15 April berkata, peragut berkenaan menangis ketika datang ke balai polis kerana takut dimarahi isterinya.
Suspek kes ragut (berbaju merah) menangis ketika datang ke balai polis. Kredit foto: Facebook
Wanita itu memberitahu, pada 11 April lalu, dia diragut di hadapan sebuah bank di Kuala Selangor namun ketika melarikan diri, suspek tertinggal motosikal yang masih dihidupkan enjinnya.
Tanpa membuang masa, dia terus membawa motosikal tersebut ke balai polis dan membuat laporan tentang kejadian.
Katanya, semasa membuat laporan, suspek datang ke balai polis sambil menangis kerana takut dimarahi oleh isterinya yang merupakan pemilik motosikal berkenaan.
Mangsa hairan kerana suspek sangat takut dengan isterinya sedangkan dia tidak berperasaan begitu ketika melakukan jenayah ragut.
Ekoran peristiwa melucukan itu, suspek dijadikan bahan lawak dan diketawakan oleh semua orang yang ada di balai polis.
Kredit foto: Facebook
Kisah yang kini tular itu turut menjadi bahan lawak oleh para netizen lebih-lebih lagi golongan wanita yang geram dengan perbuatan suspek yang menyasarkan kaum hawa sebagai mangsanya.
Kredit foto: Facebook
Entah apa pula cerita si peragut dengan isterinya. Daripada gunakan motosikal isteri untuk meragut, bukankah lebih baik kalau memanfaatkannya bagi mencari rezeki yang halal? - CARI
|