View: 13879|Reply: 86
|
"Dah Sampai Bersarang Kat Mulut" - Ingat Bibir Luka Biasa, Rupa-Rupany
[Copy link]
|
|
Derita anak istimewa ini benar-benar membuka mata bagi sesiapa yang melihatnya. Walaupun nampak seolah tiada apa-apa pada awalnya, hanyalah sekadar luka kecil di bibir, tetapi naluri seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya mendedahkan perkara sebaliknya.
Doktor Mohd Khairul Izwan melalui perkongsiannya di Facebook menceritakan pengalaman beliau merawat anak istimewa ini. Ibu kepada pesakit membawanya ke hospital setelah luka bibir yang semakin membengkak dan keluar 'ulat' dari kawasan luka. Doktor Khairul terpaksa membuang lebih kurang 16 ekor ulat daripada bahagian bibir anak istimewa ini.
Setelah melalui siri pemeriksaan lengkap, ternyata bibir anak yang berumur 15 tahun menderita penyakit cerebral palsy ini mempunyai bengkak dan seolah-olah ada 'benda' yang hinggap di bibirnya. Rupanya itu adalah larva ulat yang mula membiak di bibir pesakit tersebut.
Ulat yang sering kita lihat di benda - benda kotor ataupun lebih dikenali sebagai 'ulat sampah' oleh kebanyakan masyarakat boleh membiak atas tisu atau kulit manusia tidak kira hidup atau mati.
Disebabkan oleh faktor kesihatan pesakit ini yang lumpuh dan tidak mampu bergerak dan sepenuhnya berharap kepada belas ihsan ibunya, anak istimewa tersebut telah dijangkiti oral myiasis ataupun maggot inferstation. Permulaan jangkitan ulat ini mungkin bermula daripada luka kecil yang berlaku di bibir disebabkan oleh kekeringan cuaca panas, ditambah dengan keupayaan untuk makan dan minum yang terhad. Pesakit hanya boleh menelan makanan yang disalurkan tiub melalui hidung dan mungkin ada lalat yang hinggap di bibirnya yang luka dan menetas telurnya sehingga membuat sarang.
Tidaklah menyalahkan ibunya, mungkin kerana terlepas pandang, lalat tersebut hinggap dan mula membuat telur. Ditambah dengan kebersihan mulut serta gigi yang kurang baik membuatkan telur lalat tersebut membiak dengan cepat dan membentuk larva.
Kes yang jarang berlaku..
Menurut Doktor Khairul lagi, kes tersebut amatlah jarang direkodkan tetapi tidak mungkin tidak akan berlaku kepada orang sekeliling dan diri sendiri. Setelah melakukan pembedahan dan rawatan susulan, keadaan adik istimewa itu beransur pulih. Doktor Khairul juga menasihatkan untuk orang awam sentiasa menjaga kebersihan terutama gigi dan mulut dan membantu mereka yang kurang upaya menjaga kebersihan diri.
Pengalaman yang dikongsi oleh Dr Khairul ini diharap membuka mata masyarakat untuk sentiasa membantu dan memantau orang kurang upaya yang tidak mampu menjaga diri sendiri menjaga kebersihan diri sendiri supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
OMG! |
|
|
|
|
|
|
|
Ahhhh damnnnn... scroll laju laju |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu....kesiannye. geli tgk ulat tu |
|
|
|
|
|
|
|
scarynyer betul ker nie |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka berlaku kat Malaysia.. kesiannya anak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la news mcm ni selalu terbaca time lepas lunch.
Anyway kesian betul kat budak tu. Dia pun tak nak benda ni terjadi kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kejadian di luar negara... Ngeri juga melihat gambar! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang boleh ulat lalat tu membiak bawah kulit...biasanya Kat lembu2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak tadi Google pasal oral myasis ni jumpa gambar2 ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... tak sanggup nak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Alah takut lah tengok, ni yang terus nak pi check mulut and gigi, |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...
scroll laju-laju pun impact remangann and kepala rasa besar penangan trypophobia -ish |
|
|
|
|
|
|
|
Berlubang bibirnya besar plak tu. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Mak nak pergi gosok Gigi lah..lepas tu nak kumur mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
Meremang bulu tengkok |
|
|
|
|
|
|
|
adoii..nyesal tgk... grrrrrr...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|