|
Foto: IG
Ainul Aishah adalah antara yang bertuah katanya sebab dapat boyfriend hot. Dahlah kacak, sado, penyayang.
Sambut hari jadi pun di Bali Indonesia okay. Boyfriend anda ajak pergi mana?
Tengok di Instagram memang bahagia sungguhlah, tambah-tambah berseri Ainul bila dapat kejutan.
Ainul kata dia memang tahu mereka akan meraikan hari jadinya yang ke 34 dengan 'birthday dinner' tapi tak sangka Khalid Redzuan buat kad hari jadi yang dihasilkannya sendiri.
Lagi terharu bila Khalid berusaha menyuruh pemandunya carikan juga jambangan bunga untuk Ainul.
"Terima kasih untuk segala usaha yang membuatkan saya tersenyum dan bahagia pada hari lahir ini."
Di ruangan komen banjir dengan peminat yang mengucapkan selamat hari jadi.
Tapi biasalah mesti ada yang mengutuk. Lagi-lagi bila tengok gaun yang dipakai Ainul.
Sexy back! Memang tayang habis. "Ingatlah Tuhan sikit," kata mereka.
Biasalah, itu memang imej Ainul kan. Dah berkepit ke hulu-ke hilir berdua, ramai dan tanya nak tunggu apa lagi, bila nak kahwin? -CARI
|
|