Seorang guru positif HIV dari Missouri didakwa mengupah pembunuh upahan untuk membunuh budak lelaki berusia 10 tahun yang dicabulnya.
Deonte Taylor, 36, dan pasangannya, Michael Johnson, 66, turut dikatakan merancang untuk membunuh ibu mangsa bagi menghalang mereka daripada memberi keterangan.
Deonte Taylor
Taylor dan kekasihnya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas tiga pertuduhan liwat di mahkamah St. Louis pada Rabu, lapor KSDK.
Menurut fakta kes, pada 2015, lelaki itu didakwa mengambil mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun dari kelasnya di sebuah sekolah rendah tempat dia bekerja sebagai pembantu guru.
Tertuduh dikatakan membawa mangsa ke sebuah bilik di mana dia melakukan seks oral terhadap kanak-kanak terbabit.
Berikutan kejadian, mangsa terus membuat laporan polis, namun siasatan tergendala selepas detektif yang menyiasat mengenai kes itu meninggalkan jabatannya dan tuduhan ke atas penyerang tidak difailkan segera.
New York Post melaporkan, Taylor ditahan pada November 2018 selepas ujian mendapati DNAnya padan dengan sampel yang ditemui pada tubuh bekas pelajarnya itu.
Pada Februari lalu, Taylor meminta rakan banduannya yang bakal dibebaskan tidak lama lagi untuk membunuh dua beranak itu dan memujuk teman lelakinya untuk membayar upah berkenaan.
Michael Johnson
Kredit foto: MYDRIM JONES
Difahamkan, Johnson sudah membayar upah berkenaan, namun lelaki terbabit sebaliknya melaporkan kejadian kepada polis.
Taylor dan Johnson didakwa dengan dua tuduhan konspirasi untuk melakukan pembunuhan dan dua tuduhan mencuba untuk mengganggu mangsa. - CARI |