View: 2052|Reply: 9
|
Jahil Atau Pemurah? Pengunjung Zoo Bagi Zirafah Makan Wang Kertas Berkepuk-kepuk
[Copy link]
|
|
Jahil atau mementingkan diri sendiri? Kalau sebelum ini kita sering disajikan dengan rakyat China membaling syiling ke dalam enjin pesawat, kali ini pengunjung zoo pula didapati memberi zirafah makan wang kertas!
Lapor Shanghaiist, pihak zoo di wilayah Yunnan sedang mencari pengunjung misteri yang cuba memberi makan zirafah di situ dengan beberapa keping wang kertas.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa minggu lalu apabila pekerja di Yunnan Wildlife Park menemui beberapa wang kertas berserakan di atas tanah di dalam kandang zirafah.
Selepas dikumpul dan dikira, mereka dapati kesemua wang itu berjumlah 10,000 yuan (RM6,164). Pemurahnya!
Bagaimanapun, mereka gagal menemui gerangan misteri itu walaupun sudah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) zoo berkenaan dan sehingga kini tiada sesiapa hadir bagi menuntut wang mereka.
Kredit foto: Shanghaiist
Dalam masa sama, pihak zoo memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memberi haiwan di situ memakan benda asing. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nak menyiksa binatang namanya |
|
|
|
|
|
|
|
bayar hajat kot.. prc ni apa benda je dia tak buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah. Mesti dari negara sinun. Benda Pelik2 ni mmg makanan diorg. Tah2 tgh buat ritual kot. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali tabur RM6k duit kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pl kat zirafah tu..apasal lah pl pasang niat tabur duit dlm zoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah nampak pak ereb bagi air dgn botol2 dekat gajah. Sekali kene jerit dengan tukang jaga tu. pastu dua2 org tu pon bertikam lidah carut mencarut. Isteri dia jenuh la tarik si laki dia suh berhenti. Kalo zaman tu ak ad hp mesti viral. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila terlampau genius... Lol... |
|
|
|
|
|
|
| |
|