Selepas hanya satu bulan ditahan di sebuah pusat rawatan mental, penyanyi terkenal Britney Spears, 37, memutuskan untuk keluar walaupun belum pulih sepenuhnya.
Kredit foto: Daily Mail
Kontroversi tercetus ketika Britney mula-mula ditahan di pusat rawatan itu. Beberapa sumber menyatakan Britney ditahan secara paksa kerana ada pihak tertentu ingin membolot hartanya, menyebabkan tanda pagar #FreeBritney trending di Twitter oleh peminatnya.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, Britney muncul dalam sebuah video pendek menafikan teori konnspirasi tersebut dan mengatakan beliau mendapat rawatan dengan kerelaannya berikutan tekanan yang semakin memuncak.
Kredit foto: Carian Google
Menurut E! News, Britney akan meneruskan rawatan dan rehat di rumah kerana merasakan dia sudah bersedia kembali ke rutin hariannya. Awal April lalu, Britney membuat kenyataan ingin berehat kerana memberikan tumpuan kepada kesihatan mentalnya. 'Saya perlukan sedikit masa untuk diri sendiri'kata Britney ketika itu.
Ramai membuat spekulasi kesihatan mental Britney berpunca daripada keadaan kesihatan ayahnya yang semakin kritikal. 'Kesihatan ayahnya sangat memberikan tekanan kepada Britney' kata sumber memberitahu E!News. -CARI
Kredit foto: Daily Mail
Sepanjang rawatannya di pusat kesihatan banyak spekulasi liar mengatakan Britney sebenarnya dipaksa kerana ada pihak cuba membolot kekayaannya.
Tambahan pula peguamnya tiba-tiba menghantar notis berhenti. Bagaimanapun spekulasi itu terpadam apabila Britney dilihat keluar ke salun beberapa kali dan sempat bertemu dengan teman lelakiny, Sam Asghari sempena perayaan paskah yang lepas.
Kredit foto: Carian Google
Semoga tindakan Britney keluar daripada pusat rawatan sebelum sembuh sepenuhnya ini tidak akan memberi impak negatif kepada kesihatan mentalnya di kemudian hari. -CARI
|