Dua penyamun yang memecah masuk ke sebuah kediaman di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu terkejut dengan keadaan rumah yang sangat semak dan memutuskan untuk membatalkan niat mereka, lapor akhbar Sin Chew Daily.
Kredit foto: Sin Chew Daily
Dalam kejadian jam 1 petang itu, kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah itu, di mana barangan di dalam rumah berselerakan di ruang tamu dan di atas tilam di bilik tidur. Tidak cukup dengan itu, perabotnya juga tidak tersusun dengan baik.
Kredit foto: Sin Chew Daily
Kedua-dua penyamun itu dikatakan cuba mencuri televisyen tetapi tidak meneruskan niat mereka kerana menyangkakan rumah itu sudah dimasuki pencuri lain.
Tuan rumah, Ang, 77, yang baru pulang tergesa-gesa masuk ke dalam rumah apabila melihat sebuah kereta putih diletakkan di hadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri tersebut meluru melarikan diri.
Kredit foto: Sin Chew Daily
Lebih melucukan, mereka sempat bertanya "Ini rumah kamu ke?" kepada tuan rumah sebelum melarikan diri.
Ang kemudiannya membuat laporan polis. Menurutnya, ini bukanlah kejadian pertama. Sebelumnya, rumahnya telah dimasuki pencuri beberapa kali dengan memecahkan tingkap.
Sebab itulah Ang berkata dia tidak suka mengemas barang dan tidak menyimpan sebarang barangan berharga di dalam rumahnya.
Kredit foto: Sin Chew Daily
Polis bagaimanapun mengesahkan nombor plat kenderaan yang digunakan pencuri itu sebagai palsu, lapor Sin Chew Daily.
Nampaknya, petua baru Encik Ang untuk mengelak kecurian menjadi. Tapi, mampukah kita untuk hidup seharian dengan rumah seperti ini? - CARI |