Polemik nasib bahasa kebangsaan di bumi sendiri antara yang kurang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia, mungkin menganggap ia kurang penting. Namun, apabila Vlogger Britain yang sentiasa membuat review makanan Malaysia, Rhys William memuji keperihatinan syarikat gergasi Ikea dalam memartabatkan bahasa Melayu, tampaknya ia turut memberi tamparan kepada syarikat tempatan yang lebih berbangga dengan bahasa Inggeris.
Biarpun isinya hanya memuji Ikea namun sebenarnya ia turut menjelaskan sikap sesetengah syarikat yang tidak berpijak di bumi nyata.
Kredit foto: Twitter
Justeru itu, netizen memuji keprihatinan syarikat dari Sweden itu yang cuba mengadaptasi dengan budaya tempatan. Malahan Rhys yang juga lebih gemar berbahasa Melayu di media sosial turut dipuji kerana mengangkat Bahasa Melayu di tempat sepatutnya di bumi sendiri. Dalam masa sama ia turut menempelak segelintir perangai orang Malaysia yang tidak tahu pun berbahasa kebangsaan walaupun dilahirkan di Melaysia.
Biarpun masih banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh syarikat ini, namun ia tetap boleh diberi kredit kerana usaha itu sendiri sangat luar biasa. Antara kesalahan tatabahasa yang jelas ialah menu makanan kanak-kanak dan set cadar.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Walaupun tatabahasa yang digunakan oleh syarikat perabot terbesar ini agak tunggang langgang hingga ada yang menyamakan seperti 'Google Translate', namun ia harus diberikan kredit kerana usahanya tersebut. Jadi, ada yang tercabar tak bila Mat Salleh sendiri memperjuangkan bahasa Melayu? - CARI
|