Seorang wanita Malaysia tergamak memeras ugut sepasang suami isteri yang baru sahaja kematian bayi mereka.
Susualn itu Siti Nurhidayah Kamal,24 tidak dibenarkan dijamin oleh mahkaman kerana dikhuatiri lari meninggalkan Australia.
Siti Nurhidayah, Foto: Facebook
Hidayah yang juga ibu kepada dua anak didakwa menghubungi ibu bapa Amiya Windross, bayi yang meninggal akibat masalah neurologi itu.
Daily Mail melaporkan, Hidayah meminta As$1,000 (RM4134) sebelum dia mengembalikan telefon bimbit pasangan tersebut yang hilang.
Ibu bapa Amiyah, Jay dan Dee Windross sebelum ini merayu kepada mana-man individu agar memulangkan Samsung Galaxy S8 mereka yang dicuri.
Pasangan itu percaya telefon itu dicuri di tandas bersebelahan gedung target dekat Pusat Beli Belah Chadstone.
Telefon berkenaan amat bermakna kerana mengandungi gambar-gambar Amiyah semasa hayatnya.
Ibu Amiyah berkata, "Ia menjijikkan, kenapa ada orang yang sanggup berbuat sedmikian jika mereka mengetahui keadaan kami. Dari mesej itu sudah boleh tahu. Bagaimana anda sanggup buat perkara memalukan."
Mahkamah Majistret Ringwood menyatakan, Hidayah dan suami bekerja sebagai penghantar makanan Uber Eats dengan pendapatan AS$120 (RM496) sehari. -CARI |