"Gelaran itu datangnya daripada orang luar, saya sendiri pun tak tahu."
Pelakon Mira Filzah mengakui dia menerima seikhlas hati apabila 'orang luar' memberi julukan 'gadis idaman Malaya' kepadanya.
Kredit foto: IG Mira Filzah
Memetik GEMPAK, Mira akui ramai gadis muda di Malaysia yang cantik, namun dia tetap bersyukur apabila ada orang melihatnya sesuai dengan julukan demikian.
Selain gelaran itu, ada beberapa gelaran lain diberikan kepada aktres kelahiran Ipoh, Perak itu seperti Malaysia's Sweetheart.
Bagaimanapun, Mira mengakui menggalas gelaran sedemikian sebenarnya adalah tanggungjawab berat memandangkan ia memberi pelbagai perspektif walaupun hanya tanggapan orang terhadapnya.
"Ada yang mungkin menyokong dan mungkin yang akan mempersoalkannya. Oleh kerana orang luar yang tentukan, jadi saya terima dengan ikhlas," katanya.
Mira bagaimanapun menjelaskan dia akan kekal menjadi diri sendiri kerana tidak mahu tanggapan masyarakat terhadapnya terpesong.
"Bagi saya memadailah saya hanya jadi diri sendiri dan apabila itu tanggapan orang terhadap saya, perlulah saya jaga sebaiknya supaya tanggapan itu masih sama sampai bila-bila," ujarnya.
Pembaca setuju tak Mira diberi julukan 'gadis idaman Malaya'? - CARI
|