View: 8869|Reply: 51
|
Michael Ang Peluk Islam - Rupa-Rupanya Alif Satar Dah Simpan Rahsia Selama Setah
[Copy link]
|
|
Pendedahan mengenai pengarah Michael Ang yang memeluk agama Islam memberi kejutan kepada ramai apatah lagi dia sebenarnya telah pun menganuti agama rasmi negara itu lebih setahun yang lalu.
Ramai yang gembira dan bersyukur dengan penghijrahan Michael tersebut lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang bakal menjelang minggu depan.
Berjaya menyimpan rahsia tentang agama barunya itu, Michael Ang turut berterima kasih kepada penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar yang menyimpan rahsia tentang penghijrahannya itu selama ini.
Wah, pandai betul Alif menyimpan rahsia.
Menerusi laporan Media Hiburan semalam, Michael berkata Alif telah menyimpan rahsia tersebut lebih dari setahun malah berjanji akan menunaikan solat Jumaat bersamanya.
"Alif pun dah janji dengan saya, dia akan solat Jumaat dengan saya," ujar Michael yang mengakui selepas penghijrahannya tahun lalu, dia hanya menunaikan solat Jumaat di rumah kerana enggan kehadirannya di masjid menimbulkan tanda tanya.
Michael Ang yang memeluk Islam pada Februari tahun lalu memutuskan untuk mengekalkan nama asalnya, Michael Ang Hai Swee. Dia turut berharap agar Ramadan tahun ini akan lebih bermakna buatnya kerana dia tidak perlu lagi menyorok statusnya sebagai seorang muslim.
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Michael dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasnih boleh nampak muka Mike pulak keluar live solat jumaat hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg kene tgk tv1 msa solat jumaat.. nk tgk mike.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Mungkin juga disebabkan lama bersama mike ni masa drama Dia Semanis Honey sedikit sebanyak buatkan Mike percaya nak bercerita tentang diri dia pada Alif Satar. Mungkin ada contoh2 yang baik dari Alif, Siti Nana dan pelakon2 serta krew produksi yg pernah bekerja dengan Mike ni yg sikit sebanyak menjentik hati dia. Apa2 pun semoga Alif dapat tunaikan janji dia nak bawak Mike pergi solat Jumaat sama2. Hehehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ramai je artis dan orang industri yang dah lama tahu..dan faham benda ni isu sensitif so diorang pon buat derk je |
|
|
|
|
|
|
|
Give him time jangan desak desak surub itu ini. Arwah Aunty aku pun masuk islam dah lama. Takde pulak keluarga desak itu ini nak ikut cara islam. Lagi2 uncle aku sibuk. Takde perli takde umpat keji. Hati arwah aunty aku yg suatu ketika org kafir tu lagi tinggi dan mulia dari org born muslim.
Dia sendiri pelan pelan ikut kawan ke masjid. Setiap ujian dia kata tak boleh mengeluh komplen. Ini dari Allah katanya. Jaga nenek aku tip top kalah menantu melayu lain. Eh hati dia baik gila.
Masa kenduri tahlil ramai ramai keluarga kafir datang join lah. Meriah kami berkumpul. Menantu dia masuk islam. Abang menantu pun masuk islam. Kalau sembahyang fardhu or jenazah abang cina tu paling depan. Ni semua sebab depa tengok dalam keluarga aunty aku takde macam muslim extreme asyik nak kecam. Sendiri terbuka pintu hati. Hujung2 jadi better muslim than born muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya puteri zarith tahu pasal ni sebab dia pernah komen dulu bagi hint, ms tu ramai yg dok kecam mike sbb mike komen isu bukak tudung emma atau isu dewi remaja tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Solat jumaat kt rumah? Bukan ke solat jumaat kena 40 org lelaki bru boleh ? |
|
|
|
|
|
|
|
Michael ang ada dalam cariforum. Boleh x akak nak jemput michael ang datang open house akak?? Ajak ur family sekali. My sincere to new version michael ang.. dulu akak sumpah kau masuk islam.. alhamdulillah masuk islam ..
Apa pun org mengata be ur self michael ang. Sorry sebelum ni banyak sumpah u masuk islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix: Solat jumaat kt rumah? Bukan ke solat jumaat kena 40 org lelaki bru boleh ?
Aku pun fikir yang sama. Mohon pencerahan utk share ilmu. Pada sapa yang tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Mazhad apa plak ni semyang jemat kt rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
Orix: Solat jumaat kt rumah? Bukan ke solat jumaat kena 40 org lelaki bru boleh ?
Iols syak.. heshe solat sekadar menyedapkan hati je.. atau sekadar syarat walopun x cukup syaratnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahora dan nelopa pun tau kan..neelopa mase tiamo tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 3-5-2019 11:02 PM
Solat jumaat kt rumah? Bukan ke solat jumaat kena 40 org lelaki bru boleh ?
kan...dlm 1kg kalau ade 2masjid/surau pun xblhkan buat solat jumaat asing2 kalau xckp korum |
|
|
|
|
|
|
|
Cekla replied at 3-5-2019 08:59 PM
Rasanya puteri zarith tahu pasal ni sebab dia pernah komen dulu bagi hint, ms tu ramai yg dok kecam ...
ni pz bff fake kan?so,tudung dia pun melayang sekali huhu |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa maksud dia, dia hanya mengerjakan sholat zohor di rumah seperti hari2 biasa.
It's ok Michael, kayuh pelan2. Selami Islam sbb agama nya ok. So jgn takut dgn org yg negative dan perkara yg akan melemahka semangat you, yg penting Allah tahu. All the best, semoga perjalanan u di permudahkan dan terus di beri kekuatan utk beristiqamah, insyallah dan semoga u di letakkan bersama2 org yg beriman. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Michael, zahirkan keislaman itu , jangn takut , Allah ade, as HE is The Most BENEFICENT and MERCIFUL to guide your qalb into knowing HIM, then He MAKES IT EASIER for you to lead your life as Muslim..
tak pe pelan pelan belajar islam, dari yg fardhuain etc. take your time < muslims yg lain pun kena sentiasa belajar juga
and bab yg dalam solat berjemaah like solat Jumaat , just be okay with it hadirlah , ALLAH KNOWS your struggles and whatis more HE will reward you for the struggle
may be insya ALLAh kita doakan masuk syurga tanpa hisab...
so it is okay to be in 100% of total visibility when needs to , tak pe..sikit pela pelan , start small...
tapi jgn takut sebab manusia... for you to utter the syahadah adalah mjor steps tu and mega steps untuk membentuk kemenangan diri, jiwa as insan.
insan. is pertinent. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi dia masa utk embrace. Jgn terus melompat dgn soal fiqh islam. Boleh solat kat rumah ke apa. Tukar nama ke apa. Aqidah tgh nak built. Support him. Igt, dia masuk islam, bukan masuk melayu ok. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe pelan2, sedangkan yg born Muslim pun ada khilaf..welcome to Islam brother.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buka live khutbah jumaat lepas tu solat agaknya. Takpe lepas ni dah boleh berjemaah di mesjid.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|