Selepas beberapa ketika menjadi bahan kecaman orang ramai, Pencetus Ummah (PU) Abu akhirnya mengakhiri momen dudanya dengan seorang janda beranak satu, awal bulan lalu.
Menerusi perkongsian di Instastory, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi mengakui dia sudah bernikah dengan Hana Azraa yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri, Aini Afini.
Memetik mStar, tidak sampai lima minit selepas mengesahkan perkara itu, PU Abu didapati menyahaktifkan akaunnya sebelum mengaktifkannya semula beberapa jam kemudian.
Malah, perkongsian gembira itu juga didapati sudah dipadam sebelum PU Abu memuat naik status baru menegaskan ianya berita palsu selain menjelaskan akaunnya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Status semalam
"Saya tidak menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.
"Terima kasih kepada yang menyebarkan," ujarnya yang meminta orang ramai berhenti mengecam dirinya dan menasihatkan mereka agar menjaga tepi kain masing-masing.
Status semalam
PU Abu bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan Hana sudah halal dan pernikahan mereka diketahui keluarga.
Kredit foto: IG PU Abu
"Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand, sebaliknya di Malaysia. Malah, kami berkahwin pada tarikh lebih awal daripada tarikh dinyatakan pada posting berkenaan," katanya kepada mStar Online.
Aduhai, siapalah yang rajin sangat nak menggodam IG PU Abu dan mereka cerita palsu di bulan puasa ni? - CARI |