Disebabkan faktor geografi dan keadaan cuaca menyebabkan cabaran berpuasa berbeza-beza di antara sesebuah negara. Selain itu tempoh berpuasa juga berlainan. Tahukah anda bahawa ada antara negara yang berpuasa selama 21 jam?
Sebuah laman, CupoNation Indonesia telah menyusun ranking tempoh berpuasa dari yang paling panjang sehinggalah yang paling pendek bagi tahun 2019. Tahukah anda di mana kedudukan negara Malaysia?
Kredit foto: Carian Google
Menurut ranking itu, umat Islam di Greenland akan menunaikan ibadah puasa paling panjang di dunia, selama 21 jam 42 minit sehari pada penghujung Ramadan dan 19 jam 35 minit pada awal Ramadhan. Kedudukan ini disusuli oleh Iceland (21:39), dan Finland (20:21).
Kredit foto: Cupo Nation
Manakala bagi tahun 2019, umat Islam di New Zealand pula berpuasa paling pendek selama 11 jam 10 minit pada penghujung Ramadhan dan 11 jam 54 minit pada awal Ramadan. Kedudukan ini diikuti oleh Argentina (11:37) dan Australia (11:38).
Kredit foto: Cupo Nation
Bagaimana pula dengan negara Asia? Tempoh berpuasa paling panjang ialah negara Bangladesh (15:09) dan paling pendek ialah Timor Leste (13:04). Malaysia pula antara tempoh puasa paling pendek, iaitu di kedudukan ke-5 Asia (13:46).
Kredit foto: Cupo Nation
Berdasarkan ranking ini, negara-negara majority Islam seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei menjalani tempoh ibadah puasa paling singkat di dunia dan mendominasi kedudukan Top 15.
Satu kelebihan bagi negara-negara yang terletak di Asia Tenggara. Dan sudah pastinya dugaan berpuasa yang lebih buat umat Islam di negara-negara lain. -CARI |