View: 1971|Reply: 6
|
Larian Tetap Diteruskan, 4 Tip Untuk Mereka Yang Mahu Lakukan Aktiviti Ini Ketik
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google
Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, ibadah puasa bukan penghalang untuk mereka melakukan aktiviti seperti berlari.
Laman Facebook Anonymous Runners berkongsi empat tip yang boleh menjadi panduan kepada mereka yang mahu berlari semasa bulan Ramadan.
Aktiviti jalan santai. Kredit foto: Carian Google
1. Sesuaikan jenis larian
Ganti rutin larian dengan jogging atau berjalan santai serta kurangkan jarak kepada separuh daripada yang biasa dilakukan.
2. Ubah waktu larian
Sebaik-baiknya berlari pada waktu petang iaitu kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Boleh juga berlari pada waktu malam selepas menunaikan solat sunat tarawih.
Makanan mengandungi nutrisi seimbang. Kredit foto: Indopos
3. Nutrisi seimbang untuk tubuh
Digalakkan mengambil makanan yang mengandungi protein, serat dan karbohidrat yang mencukupi dan minum air secukupnya ketika bersahur.
4. Dapatkan rehat yang cukup
Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting bagi mengekalkan kecergasan semasa berpuasa.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu memaksa diri untuk berlari sekiranya tubuh anda dalam keadaan lesu kerana dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat pula. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kwn2 iols jogging waktu malam, mcm best plak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
memang syiok
aku suka jalan, jogging, lari-lari anak. hari biasa pun jogging waktu malam
bulan puasa best dia rasa lain time jogging malam
(jangan kecam eh, saya solat sunat tarawih di rumah saje)
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2019 10:31 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
lee_sakura: kwn2 iols jogging waktu malam, mcm best plak tgk
Kalau jogging petang mau terjelir lidah dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pancit ke lari malam bulan puasa? |
|
|
|
|
|
|
|
jog malam malam main treadmill pun cpt trun berat bakar calorie cpt |
|
|
|
|
|
|
| |
|