Diam tak diam kita sudah pun memasuki 19 Ramadan dan sudah pastinya ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang disamping mengejar amal ibadah pada bulan yang mulia ini.
Pastinya ramai yang bercadang mahu menempah, membeli atau membuat sendiri biskut raya sebagai hidangan untuk para tetamu kelak. Tidak dinafikan masih ramai yang tidak mahir dan takut untuk menyediakan biskut sendiri kerana khuatir tidak menjadi.
Namun, menerusi laman Sirap Limau, kami kongsikan resepi yang cukup mudah yang tidak perlu dibakar menggunakan oven.
Resipi ini sangat mudah dan pasti menjadi. Jom sama-sama lihat resepi biskut ini.
Bahan-bahan :
1) 4 cawan tepung gandum
2) 1 cawan + 1 sudu besar minyak sapi
3) 1 cawan gula kastor
4) 2 cawan cornflakes yang di ramas kasar
5) Susu tepung secukupnya sebagai salutan biskut
Cara-caranya:
1. Cairkan minyak sapi menggunakan periuk atau kuali.
Kredit foto : Sirap Limau
2. Dengan menggunakan kuali yang lain, sangai tepung gandum tanpa minyak sehingga ringan selama lebih kurang 5 minit.
Kredit foto : Sirap Limau
3. Kemudian, masukkan gula kastor dan cornflakes di dalam tepung tadi dan gaul sehingga sebati.
Kredit foto : Sirap Limau
4. Setelah adunan tepung sebati, masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
Kredit foto : Sirap Limau
Gaul sehingga sebati.
Kredit foto : Sirap Limau
5. Bentukkan adunan menjadi bulat dan salut dengan tepung susu.
Kredit foto : Sirap Limau
6. Dah siap!
Kredit foto : Sirap Limau
Jika suka, boleh susun di dalam kertas biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Bagaimana? Mudah kan? Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 50 sehingga 80 biji bergantung kepada saiz biskut.
Selamat mencuba! -CARI |