CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 1

Ketumbuhan Di Buah Pinggang Tapi Doktor Tersalah Cabut Limpa Pula

[Copy link]
Post time 29-5-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Tempat kejadian, Kredit Foto : South China Morning Post

Di Hong Kong seorang doktor telah dituduh kerana tersilap membuang limpa seorang pesakit wanita yang mengalami masalah ketumbuhan di buah pinggang.



Ujian kesihatan memaparkan organ itu adalah limpa yang terletak bersebelahan buah pinggang. Sebaliknya  ketumbuhan yang terdapat di buah pinggang tidak dibedah kerana faktor keselamatan memandangkan pembedahan tersebut telah mengambil masa sehingga 4-5 jam dan pesakit telah kehilangan banyak darah.


Doktor yang hanya ingin dikenali dengan nama Teoh itu berkata ketika operasi dilakukan dia ternampak tanda lebam di peritoneum pesakit dan apabila dia memotong tempat itu terdapat luka yang besar di organ limpa pesakit. Memandangkan terdapat pendarahan yang parah dia terpaksa memotong kesemua organ limpa tersebut untuk menyelamatkan nyawa pesakit.




Beliau berkata itu adalah perkara yang biasa dilakukan jika dalam keadaan kecemasan dan borang persetujuan juga telah dipersetujui oleh pesakit untuk doktor melakukan operasi di mana-mana tempat yang melibatkan kesihatan pesakit.


Jurucakap Jabatan Kesihatan berkata, siasatan dan laporan menunjukkan hospital swasta itu tidak melanggar sebarang etika serta peraturan yang ditetapkan.


Sementara itu, seorang pakar urologi Dr Kenneth Fu Kam-fung berkata, dia tidak pernah melihat kesilapan itu berlaku di Hong Kong dan ia tidak boleh diterima kerana perbezaan ketara antara buah pinggang dan limpa.



Gambar Hiasan


Dia membuat spekulasi mungkin ada situasi yang jarang terjadi berlaku seperti organ berkenaan berbelit atau pendarahan teruk yang menghalang penglihatan pakar bedah.


Terdahulu, Doktor Teoh telah digantung daripada bertugas selama 6 bulan oleh Jabatan Perubatan pada tahun 2008 kerana telah didapati bersalah menuntut wang rundingan daripada pihak insuran sedangkan siasatan mendapati beliau tidak melakukan sebarang rundingan perubatan terhadap pesakit. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 02:49 PM | Show all posts
doktor cap ayam ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.059879 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list