16 individu yang terbabit dalam pembunuhan kejam remaja perempuan bulan lalu, kini berdepan hukuman mati.
Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia selepas disimbah dengan minyak tanah oleh sekumpulan gadis sebelum dibakar hidup-hidup di atas bumbung bangunan sekolah, lapor Mirror.
Pembunuhannya itu disebabkan keengganannya menarik balik dakwaan gangguan seksual terhadap pengetua sekolahnya.
Kematian mangsa yang dirawat di hospital lima hari kemudian mencetuskan kemarahan orang awam yang menuntut pembunuhnya dijatuhkan hukuman.
Ketua Biro Penyiasatan Polis (PBI), Banaj Kumar Majumdar berkata, kesemua lelaki dan wanita yang terbabit dalam kes itu akan didakwa pada Rabu.
Kredit foto: Mirror/AFP/Getty Images
Sementara itu, Perdana Menteri Sheikh Hasina menziarahi keluarga mangsa di Dhaka dan berjanji akan memastikan kesemua suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan.
"Tidak seorangpun daripada mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya seperti dipetik daripada media tempatan. - CARI
BACA JUGA: Pengetua Cuba Rogol, Dah Kantoi Mangsa Pula Dibakar Sampai Mati |