Beberapa hari lepas, tular sebuah video tentang seorang penunggang motosikal yang menghentak cermin kereta pengguna lain sehingga retak cermin hadapan kereta tersebut. Tindakannya itu adalah gara-gara geram akan pemandu kereta yang membunyikan hon kepadanya.
Kerana Menghentak Cermin Kereta, Pembantu Stor Kilang Dipenjara 12 Bulan Oleh Mahkamah Majistret PJ
Video itu dirakam oleh DashCam kereta mangsa, yang terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Berdasarkan video tersebut, penunggang motosikal itu berborak bersama penunggang lain, sehingga mengganggu kelancaran jalan raya. Apabila dibunyikan hon, penunggang motosikal itu bertindak untuk mengejar dan menghentak cermin hadapan mangsa.
Pembantu stor kilang yang hentak cermin hadapan kereta dipandu seorang lelaki guna topi keledar pada Selasa lalu, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret PJ pic.twitter.com/mfYRkABzXG
????? BERNAMA (@bernamadotcom) May 31, 2019
Berborak di atas jalan raya semasa menunggang motosikal amatlah bahaya kerana mampu mengakibatkan kemalangan dan menganggu pengguna jalan raya yang lain. Buat korang yang memandu tu, jadilah pengguna jalan raya yang berhemah okay! - CARI |