CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 4

Gara-Gara Nak Balik Raya, Anak Tertinggal Di Hentian R&R, Mujurlah...

[Copy link]
Post time 4-6-2019 09:19 AM | Show all posts |Read mode







Menjelang 1 Syawal pelbagai kejadian berlaku sama ada sedih, gembira atau pun kelakar. Namun menariknya ialah dengan adanya sosial media, ia digunakan sebaik mungkin untuk menolong mereka yang dalam kesusahan.



Terbaharu, peristiwa yang berlaku kepada keluarga anak enam ini sangat diluar dugaan. Mereka tertinggal seorang anak yang berusia 12 tahun di sebuah stesen minyak dan hanyalah tersedar perkara itu setelah sampai di Temerloh. Panik dengan situasi tersebut, si ibu ini akhirnya menulis di Twitter meminta pertolongan.




Kredit foto: Twitter



Menurut akaun Makcik Brutal, anaknya enam orang dan masing-masing membuat kerja sendiri seperti turun solat, tidur dan duduk di luar kereta di hentian. Apabila melihat anaknya yang sulung masuk, dia sangkakan semuanya sudah berada di tempat duduk masing-masing. Kereta terus bergerak sehinggalah mereka hendak memasuki Maran dari Temerloh, seorang kaki tangan stesen minyak tersebut menelefonnya mengatakan tertinggal anaknya.



Maka pelbagai cadangan diberikan oleh warganet seperti meminta bantuan pekerja stesen minyak terbabit, meminta pertolongan pihak Plus dan ada juga yang meminta diambilkan Grab. Namun dengan kuasa 'viral' yang digesakan oleh sosial media, akhirnya pekerja stesen minyak Shell sendiri yang menghantar kanak-kanak tersebut.



Kredit foto: Twitter




Ramai yang mengucapkan terima kasih atas kepantasan pekerja tersebut dan juga keprihatinan rakyat Malaysia menangani situasi sebegini. Namun ada juga yang hairan dengan kealpaan keluarga ini yang tidak perasan ketiadaan seorang ahli keluarga ini sehingga menerima tohmahan yang pelbagai.  












:


Kredit foto: Carian Internet




Oleh itu, diharapkan setiap ibu bapa lebih berhati-hati ketika pulang ke kampung serta mengambil langkah yang lebih cermat dengan memastikan beberapa kali kehadiran ahli keluarga sebelum bergerak. Mujurlah tiada malang yang menimpa kanak-kanak terbabit dan diharapkan jadi pengajaran buat semua warga Malaysia yang mahu pulang ke kampung. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahah cek endon sangat pangai nye. Anak pun boleh lupa sbb ramai anak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 09:55 AM | Show all posts
kalut ni. mesti expect anak yg tua dah tengok adik2. tetiba teringat cerita home alone
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 11:53 AM | Show all posts
alahaii..makcik..
mcm mna bleh tertinggal/terlupa ada anak ramai
berani pulak tulis kat Twitter bgtau ank dara tertinggal
nsib baik ank cerdik cri org yg baik2 utk dptkan pertolongan

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread da ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.538862 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list