Beberapa hari lepas tular sebuah video yang menunjukkan seekor beruang matahari yang disimpan di sebuah bilik di kondominium. Selepas disiasat, beruang matahari itu rupa-rupanya disimpan oleh seorang penyanyi, Zarith Sofia Yasin.
Menurutnya lagi, anak beruang matahari itu ditemui dalam keadaan lemah di Kawasan Bukit Ampang dan beliau berniat mahu menghantar haiwan liar itu ke pihak yang berkaitan selepas beruang itu pulih dan sihat.
Tambahnya Zarith lagi, dia menyangka anak beruang matahari itu seekor anjing dan membawa pulang untuk menjaganya buat sementara waktu, namun semuanya terbatal apabila video itu menjadi viral.
"Ini bukan cara saya untuk membuat duit. Haiwan bukanlah untuk dijual dan dieksploitasi," tegas Zarith. Dia juga bersedia menghadapi segala kemungkinan di atas kesalahannya ini.
Apa pendapat anda? - CARI |