View: 4691|Reply: 30
|
Sumbat Mayat Dalam Kotak, Cemburu Kekasih Bual Dengan Lelaki Lain
[Copy link]
|
|
Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak membunuh teman wanitanya sebelum menyumbat mayatnya ke dalam kotak.
Kejadian yang berlaku di simpang Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah, Johor Bahru itu berpunca apabila lelaki berkenaan tidak berpuas hati mangsa berbual dengan lelaki lain.
Harian Metro melaporkan, kepala mangsa dipukul menggunakan tangan dan paip getah sehingga cedera dan rebah.
Sebelum ini mangsa dilaporkan keluar rumah pada 28 Mei, tidak pulang dan gagal untuk dihubungi.Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata,
“Sebaik tiba di premis itu, pegawai kami memperkenalkan diri kepada lelaki berusia 35 tahun yang juga pembuat gigi palsu itu sebelum membawa lelaki itu ke IPK bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berusia 33 tahun.
“Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku dia dan mangsa kekasih sejak lapan tahun lalu sebelum mendedahkan mangsa dibunuh di premisnya dan membawa polis ke tempat mayatnya dibuang.
“Berikutan itu, 6.30 petang semalam, lelaki terbabit membawa polis ke persimpangan Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah dan menunjukkan mayat yang disimpan di dalam kotak."
Foto: Harian Metro
Suspek memasukkan mayat ke dalam kotak yang dibalut kanvas plastin dan ditinggalkan di premis perniagaannya.
Disebakan mayat berbau busuk, dia balut kotak berkenaan dengan plaster siling pula.
“Bimbang kejadian itu diketahui, suspek meminta bantuan rakan lelakinya berusia 32 tahun yang juga kerani, mengangkat kotak berisi mangsa dan membuangnya ke lokasi mayat ditemui.
“Hasil penemuan mayat di lokasi, kami meminta bantuan patologis dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Aznool Hadi untuk menjalankan pemeriksaan bagaimanapun tidak boleh melakukannya disebabkan kotak ditutup menggunakan plaster sebelum mayat yang masih di dalam kotak dibawa ke HSA.
“Proses bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine."
Suspek pertama yang beralamat terakhir di Taman Setia Indah di sini ada dua rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah manakala suspek kedua beralamat terakhir di Chaah, Segamat mempunyai rekod berkaitan kes jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
plaster siling pula dah
hebakkkkk dia punya nak tutup salah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingt kat luarnegara..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah 8 tahun kepal pun tak percaya
pada kekasih? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..
Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dodolgemuk.. terlajak kemut |
|
|
|
|
|
|
|
da duduk kt taman setia jgn la sebok nk mencurang {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun..ingat di india ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakak banyak rahsiakan hubungan'
SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM
LOKASI penemuan sebuah kotak berisi mayat seorang wanita cina berumur 33 tahun dibuang di Taman Setia Indah Johor Bahru. NSTP/Ihsan PDRM
JOHOR BAHRU: Wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum disumbat dalam kotak kelmarin, dikatakan kembali bersama kekasihnya selepas empat tahun memutuskan hubungan.
Adik lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata kakaknya amat berahsia mengenai hubungan berkenaan.
“Saya percaya kakak kembali bersama teman lelakinya selepas empat tahun memutuskan hubungan demi melindungi keluarga terutama anak perempuannya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, hari ini.
Beliau berkata, kakaknya mempunyai anak perempuan berusia enam tahun hasil bersama lelaki itu dan memutuskan hubungan selepas mengetahui suspek sudah berkahwin.
“Awal tahun lalu, kakak saya kembali bersamanya kerana bimbang dengan keselamatan keluarga. Dia sayangkan anak perempuannya dan sentiasa mahu keselamatan anaknya terjamin,” katanya
Semalam, mayat seorang wanita berusia 33 tahun ditemui disumbat dalam kotak kayu dengan kanvas membaluti tubuhnya selain disaluti simen plaster siling di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Daya, dekat sini.
Polis percaya mangsa adalah wanita yang dilaporkan hilang sejak 28 Mei lalu sebelum dibunuh oleh kekasihnya yang juga pembuat gigi palsu.
Adik mangsa yang berusia 29 tahun, berkata keluarganya masih menunggu untuk menjalani proses pengecaman mayat di HSA dan berharap mayat ditemui bukan kakaknya.
Katanya, kakaknya yang meninggalkan anak di bawah jagaan ibu mereka, banyak merahsiakan hubungannya dengan lelaki itu namun mereka yakin dia pernah dikasari berdasarkan parut pada tubuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya kat metro ada anak dgn lelaki tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya jantan..
kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena |
|
|
|
|
|
|
|
anaknya tu ada dokumen ka?
entah macamana masa depannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pink_Purple replied at 11-6-2019 07:36 PM
jahatnya jantan..
kawan yang tolong buang mayat xpasal2 kena
Pekerja dia yg tlg buangkn mayat tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.....
Sanggup berkorban demi anak....mesti jantan celaka tu ugut klu tak bersama dia, anak dia akn diapa apakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: Akak 8 tahun kahwin xde pun tanam suami akak kalau dia berbual dengan mana2 wanita..emosi kena kawal..Rahsianya kacip vokuru keluaran edaran sista dod ...
Iols mmg sll terhibur tatkala membaca 2 nama yang tak lekang dari titipan hakak cps. |
|
|
|
|
|
|
|
Toxic relationship
Nak move on tp maybe dia kesiankan ank dia plak |
|
|
|
|
|
|
|
Festaim aku bace berite sini yang sampe nama sapah pon tak sebut.. Boring la. Daku tak dapat cari akaun fesbuk sesape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sampai wat bnda mcm ni ..aduhai |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 11-6-2019 07:31 PM
Kakak banyak rahsiakan hubungan'
SELASA, 11 JUN 2019 @ 7:07 PM
Jantan abusive ni memang bajingan kan? Akak teringat testimoni sorang foromer yang ngaku pernah bercinta (or dah sampai tahap menikoh?) dengan jantan abusive pembunuh yang mana kesnya pernah masuk CI ni (ala jantan bangsat yang bunuh gilfren yang dibawanya dok serumah dengan dia dan isteri doktor kat Kedah tu). Dari testimoni foromer tu, akak boleh imagine bagaimana nerakanya hidup beliau bersama dengan jantan tu. Diugut bukan takat nak bunuh dia but seluruh family if tinggalkan dia. Bertahun2 baru dia boleh lepas sepenuhnya dari bangsat tu. Tu pun after pelbagai drama. Syukur la. Jika tidak barangkali dia yang jadik mangsa bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 11-6-2019 05:55 PM
Aku ingt kat luarnegara.....
Kat johor kes rogol tinggi, sungai paling banyak tercemar.. Ni kes ni pulak.. Aku ingat luar negara jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|