"Sedih, Linda ditipu bulat-bulat dengan orang yang Linda percaya untuk sama-sama berniaga di Singapura."
Kredit foto: IG Linda Rafar
Penyanyi Linda Rafar terkilan apabila ditipu pihak yang dipercayainya sehingga dia fobia untuk mempercayai orang lain.
Malah, individu terbabit tergamak memfitnahnya dengan cerita bukan-bukan selepas enggan membayar hasil keuntungan yang diperoleh.
Selepas kejadian itu, Linda akui dirinya kini fobia untuk memberi kepercayaan kepada orang lain lagi. Perkara itu diluahkan penyanyi terbabit menerusi Instagramnya, semalam.
"Cuma Linda rasa terkejut lepas event di Singapura, produk Linda tak boleh masuk Singapura," ujarnya yang memberi bayangan dirinya disabotaj pihak tertentu.
Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan komen positif pengikutnya yang meminta Linda bersabar selain berharap agar pihak tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan.
Malah, rakannya Abby Abadi turut meninggal komen dengan mempersoalkan gerangan individu dimaksudkan Linda.
Kredit foto: IG Linda Rafar
Sampai kena boikot produknya di Singapura. Siapa punya kerjalah busuk hati sangat itu, ya? - CARI
|