Bagi menampung kos sara hidup masa kini, ramai yang melakukan kerja sampingan atau bekerja sambilan. Baik mereka yang berkerjaya, mahupun suri rumah yang tiada pendapatan bulanan, kebanyakannya kini gigih mencari 'duit poket' lebih.
‘Freelancer’ selalunya menawarkan perkhidmatan tertentu kepada syarikat atau individu yang berlainan pada satu-satu masa. Lazimnya, mereka melakukan pekerjaan dari rumah.
Kelebihan menjadi freelancer adalah waktu yang fleksibel dan mereka boleh memilih sama ada mahu mengambil satu-satu projek atau tidak selain menetapkan bayaran yang dikehendaki.
1. Tawarkan Khidmat Tambahan Ikut Keperluan Pelanggan
Kalau menjadi seorang penulis bebas, anda boleh menawarkan diri untuk menulis lebih banyak artikel ataupun menjaga laman sesawang mereka untuk menguruskan media sosial syarikat berkenaan.
Dari situ, anda boleh meningkatkan pendapatan, sekali gus menambah pengalaman. Dengan pengalaman yang ada, anda boleh menawarkan khidmat kepada syarikat-syarikat lain dengan harga lebih tinggi.
Gambar Hiasan
2. Bina Porfolio Profesional Sendiri
Ini adalah peluang yang bagus di mana syarikat lain akan bersikap lebih terbuka dan mudah untuk mengambil perkhidmatan anda kerana mereka mengenali syarikat besar yang pernah menggunakan khidmat anda sebelum ini.
Dengan itu, anda boleh berunding mengenai 'harga' yang lebih tinggi kerana pernah memberikan khidmat di syarikat-syarikat besar. Wah, menarik bukan?
Foto: Business News Daily
3. Bina Kredibiliti Dari Masa Ke Masa
Bina kredibiliti yang mantap semasa bekerja dengan menunjukkan prestasi yang bagus. Jika hasil kerja berkualiti dan diakui oleh syarikat tersebut, pasti ia juga akan disedari syarikat lain dan mereka pasti ingin mendapatkan khidmat anda.
Seronok bila dah dapat kepercayaan syarikat besar.
Foto: alanihafoka.net
Jadi Freelancer memang lumayan dan senang untuk 'buat duit'. Malah, boleh buat kerja dari rumah saja, tak perlu bersusah-payah datang pejabat untuk melaksanakan kerja. Yang penting ada banyak masa dengan keluarga dan diri sendiri, betul tak? - CARI |