Masih ramai yang belum boleh 'move on' walaupun filem Avangers: Endgame sudah pun mula ditayangkan pada April yang lalu. Malah, ianya masih lagi mendapat sambutan di pawagam-pawagam tempatan dan ramai yang bersedih kerana ianya merupakan sekuel terakhir untuk filem keluaran Marvel Studios itu.
Belum pun habis demam Endgame, semalam heboh pula diperkatakan di media sosial dimana terdapat ura-ura mengatakan yang filem Avanger: Endgame bakal ditayangkan semula pada 28 Jun ini dengan beberapa babak tambahan termasuk yang telah dipadam, tribute untuk Stan Lee serta beberapa babak kejutan yang lain.
Lebih mengujakan, versi baharu ini juga akan diselitkan dengan 'post-credit scene' seperti kebiasaan filem-filem keluaran Marvel Studios.
Salah satu akaun Twitter peminat filem Marvel Malaysia iaitu @TwtMarvel juga turut teruja untuk berkongsi berita tersebut semalam..
Naib Presiden Marvel Studios, Kevin Feige juga ada mengumumkan tentang perkara tersebut.
Kredit foto : Twitter
Bagaimanapun, agak sedikit mengecewakan apabila ada yang mengatakan versi baharu ini hanya akan ditayangkan di Amerika Syarikat sahaja.
Kredit foto : Twitter
GSC Cinemas mengesahkan belum menerima apa-apa maklumat mengenai Endgame versi baharu itu..
Kredit foto : Twitter GSC
Dalam pada itu, rata-rata peminat filem sekuel itu menunjukkan perasaan teruja mereka dan dalam masa yang sama merasa kecewa sekiranya filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia.
Kredit foto : Twitter
Apa pun, kita tunggu sahaja perkembangan terkini daripada pihak pawagam GSC Cinemas dan TGV Cinemas. Harap-harap akan ditayangkan di Malaysia juga. Tak sabar! -CARI |