View: 46436|Reply: 189
|
Nadya Shaheera Pula Dedah Kecurangan Suami- Orang Ketiga Adik Founder Produk, Si
[Copy link]
|
|
Seorang demi seorang selebriti atau pun isteri kepada artis mendedahkan mengenai kecurangan pasangan masing-masing. Setelah Bella-Alif, Chef Fikree-Zuriehan, Ammar Alfian-Nelissa, kini terbaharu aktres yang mula dikenali dengan watak antagonis, Nadya Syahera, 26 mengakui rumah tangganya berantakan kerana orang ketiga.
Perkahwinan yang dibina bersama Fizul Nawi, 27 seorang pengusaha restoran pada tahun 2016 serta memiliki dua cahayamata kini mengalami fasa pergaduhan. Namun, berbeza dengan isteri selebriti yang lain, Nadya tidak membongkarnya di media sosial sebaliknya menceritakan kepada portal MHETV.
Kredit foto: IG
Mendedahkan kecurangan suaminya setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan, Nadya atau membahasakan dirinya Kak Bed kekal positif.
"Sebenarnya, ia baru saja dibongkar seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun saya curiga terhadapnya sejak awal lagi. Jujur naluri isteri berdetik sejak dia bekerja di Kelantan yang juga kampung halamannya.
"Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya dan anak-anak."
Kredit foto: IG
Nadya menjelaskan dia sangat curiga dengan perubahan sikap suaminya yang suka berdolak-dalik lalu membuat keputusan untuk ke Kelantan lalu menyiasatnya sendiri.
"Akhirnya, ia terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga," jelas Nadya yang mendakwa perempuan yang dimaksudkan adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal di Pantai Timur.
Menurutnya lagi, hubungan kedua-dua mereka bermula setelah gadis tersebut datang ke restorannya sebagai pelanggan. Bagaimanapun, bagi Nadya walau apa pun yang berlaku dia akan berusaha mempertahankan perkahwinan ini dan tidak terdetik untuk meminta cerai walaupun kecewa dengan perbuatan suaminya itu.
Kredit foto: IG
Pelakon yang terkenal dengan watak pembantu dalam drama Dia Semanis Honey, Abang Bomba, I Love You dan yang sedang ditayangkan di televisyen, Setelah Terlafaznya Akad bersama Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengharapkan perkahwinannya mampu diselamatkan bersama dua cahayamata mereka Aleena Rose dan Mohammad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.
Semoga Nadya mampu menjernihkan kembali hubungan mereka dan kepada orang ketiga, usahlah ganggu laki orang, ramai lagi kan yang bujang di luar sana!- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Klau jmpa aku ingt sales girl ja ni..
Nexttt |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tabah menghadapi dugaan... doa yg baik baik |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.macam penyakit berjangkit.musim artis ada masalah rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas edisi kalkulator dulu2, keluar cerita curang pulak...bertabahlah.. memang dari awal perkenalan dah tahu jantan ni gatal kan? Adoi bala betul |
|
|
|
|
|
|
|
Epik nadya latah ni. Majlis kenduri kawen sekali dgn cukur jambul anak
Utk yg lain, amiklah pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai beranak anak edisi kalkulator pon suami curang jugak.. nasib ko lah pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wife lawa, anak2 comel. Apa lagi yg laki dia mauuu |
|
|
|
|
|
|
|
so mana gambar adik pengasas produk timbang kati ituuu
ni lah namanya muka laki nerd tapi birdie2 merenyam ye |
|
|
|
|
|
|
|
ihh.. kosernya nak simpan jantan gatal miang lagi.. kak bed oiii jantan x pernh serikkk better kak bed move on je dri jantan mcm ni.. buat sakit hatii jee hadap. |
|
|
|
|
|
|
|
takde yang speku ke siapa orang ketiga itu? siapa founder produk dari Kelantan? |
|
|
|
|
|
|
|
byk btl la laki curang sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
I xfhm kenapa sekarang ramai betul perempuan suka kacau suami org..i ade kawan yg mmg dr dulu katanya akn terpikat dekat suami org..laki bujang or single xberkenan katanye.....bodoh betul |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
spill je segala bukti bagai..
dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak cerita tapi cerita jugak. bodo |
|
|
|
|
|
|
|
sapa weiii adik pengasas tu?
ritu rasa cam dah bergolak sekali rumah tangga depa ni, mcm dah jatuh pastu rujuk kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|