CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4372|Reply: 12

Tiada Kereta Cair Akibat Cuaca Terlampau Panas Melebihi 60 Celsius

[Copy link]
Post time 21-6-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Gambar yang tular dalam median sosial mendakwa bampar kereta menjadi cair akibat suhu terlalu panas di Kuwait. Kredit foto: Facebook




Baru-baru ini tular dalam media sosial termasuk Facebook tentang cuaca yang sangat panas di Kuwait telah menyebabkan bampar kereta yang diperbuat daripada plastik menjadi cair.


Situasi itu didakwa berlaku ketika suhu di negara yang kaya dengan hasil minyak tersebut dikatakan mencecah 62 darjah Celsius.


Yang anehnya, fenomena luar biasa yang kononnya melanda Kuwait itu turut dilaporkan berlaku di Arab Saudi, Rajasthan di India dan Arizona di Amerika Syarikat serta kereta-kereta yang dipaparkan adalah serupa.


Dua buah kereta yang sama tetapi lokasi di Arab Saudi. Kredit foto: Facebook






Gambar yang ditularkan kononnya berlaku di Rajasthan, India. Kredit foto: Facebook



Sudah tentu ada yang tidak kena dengan maklumat yang ditularkan kerana agak mustahil dua buah kereta terbabit boleh berada di empat negara berbeza namun mengalami kerosakan yang sama.


Memetik laporan Alt.News pada 13 Jun, gambar tersebut sebenarnya merujuk kepada kejadian yang berlaku di Arizona pada Jun 2018.





Bampar dua kereta berkenaan menjadi cair ekoran kebakaran yang berlaku di tapak pembinaan yang berhampiran.


Bahang yang sangat panas dari kebakaran itu telah mencairkan bampar lebih 10 kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.


Jadi, kerosakan itu tiada kaitan langsung dengan gelombang haba yang berlaku di Arizona semasa musim panas.


Selain itu, menurut laporan Kuwait Times, suhu di Kuwait tidak pernah mencecah 62 darjah Celsius.


Semak dahulu sebelum sebar kerana apa yang tular mungkin tidak benar. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 11:25 AM | Show all posts
panasnya 52 panas dkt malaysia ni  pun tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:31 AM | Show all posts
Dia tahu ramai yang kurang pengetahuan mengenainya sebab tu dia gigih menipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Napela ada sejenis manusia gigih menipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 11:52 AM | Show all posts
ziezot replied at 21-6-2019 11:45 AM
Napela ada sejenis manusia gigih menipu

Yang menyebarkan pon sama. Cuba la cek dulu maklumat tu betul ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 01:34 PM | Show all posts
dapat ape menipu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2019 01:36 PM | Show all posts
orang camni letak gambar Robert Downey Jr dalam makeup jadi Iron Man pun percaya kalau cakap itu gambar pesakit jantung tunggu penderma organ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:00 PM | Show all posts
kan.. memang tak logik sampai cair jadinya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti tahun depan viral balik cerita yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:34 PM | Show all posts
pernah duduk kat middle east, tak pernah pulak kereta we all cair mcm tu walau cuaca panas melampau...hai x agak2 nk viral
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
CikB: pernah duduk kat middle east, tak pernah pulak kereta we all cair mcm tu walau cuaca panas melampau...hai x agak2 nk viral


Kadang2 yang buat cerita fake tu saja bikin gempak sebab nak tarik trafik masuk page
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 02:06 PM | Show all posts
cuba check sape penghantar mula2. nk tgk muka hadap viral.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la motif sebar cerita tak betul ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043630 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list