Dengar hos rancangan home shopping cerita pasal produk dipromosikan, memang kencanglah sembang mereka. Yalah, nak bagi laku produk kan!
Lain pula ceritanya apabila sedang seronok hos bercerita tapi perkara yang memalukan berlaku. Apa pula kisahnya ini?
Tular di Twitter apabila Fouziah Gous yang sedang mempromosikan pinggan mewah secara langsung dan hendak membuktikan bahawa perkakas itu tidak akan pecah kalau terjatuh.
Tapi lain pula jadinya apabila pinggan itu berderai seribu apabila dilepaskan ke lantai!
Lepas insiden itu, Fouziah Gous terus tergamam dan diam seribu bahasa. Nasib hos seorang lagi iaitu Syakirin berjaya menyelamatkan keadaan dengan berseloroh,
"Saya rasa yang ini dah campak banyak kali tadi"
Netizen yang melihat sedutan kejadian ini memang bahan habislah! Tak kurang juga yang mengata saluran home shopping ini sebagai penipu.
Kredit foto: Twitter
Harap gaji Fouziah tak kena tolaklah -CARI |