"Tolong jangan lagakan kami lagi. Saya dah move on."
Demikian kata bekas suami Datuk A Aida yang mendakwa berasa loya apabila membayangkan untuk memberi peluang kedua dalam perkahwinannya dengan penerbit itu.
 Kredit foto: IG A.Aida
Menerusi IG Storynya, Ariff Aziz, 30, menegaskan dia tidak sudi untuk merujuk semula dengan A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 48.
 Kredit foto: IG Ariff Aziz
 Kredit foto: IG Ariff Aziz
Tambahnya lagi, dia kini ada kehidupan sendiri dan enggan dikaitkan lagi dengan A Aida, apatah lagi dilaga-lagakan dengan bekas isterinya itu.
Biar saya move on...
 Kredit foto: IG Ariff Aziz
Dalam perkongsian terbaru di Instagramnya, Ariff memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen yang memberi bayangan tidak akan bersuara lagi mengenai isu perhubungannya dengan A Aida.
Berdiam lebih baik dari bercakap yang bukan-bukan...
 Kredit foto: IG Ariff Aziz
Ariff dan A Aida berkahwin pada 21 Julai 2018, namun bercerai pada 25 April lalu. - CARI |