Masih lagi berkisar isu-isu raya selagi Syawal belum bertemu penghujungnya. Jika sebelum ini berkisar duit raya dan perangai kanak-kanak, kali ini ada yang mempersoalkan jemputan ke majlis Rumah Terbuka (Open House). Mereka mendakwa tetamu yang dijemput hanyalah rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja. Namun yang datang ke majlis bukan sahaja yang dijemput tetapi rakan atau lebih teruk segerombolan rombongan yang entah datang dari mana.
Hal ini menyebabkan Tuan Rumah berasa serba salah tetapi terpaksa juga mempelawa 'jemputan tidak diundang' tersebut makan sekaligus meraikan mereka.
Persoalannya, bolehkah 'tetamu' tersebut datang dan menikmati makanan seperti rakan yang dijemputnya itu?
Kredit foto: Twitter
Ramai jua yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pernah berhadapan dengan pengalaman itu. Menghadapi jemputan yang ramai, tidak padan dengan menu yang dimasak juga meresahkan tuan rumah.
Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna Tuan Rumah terlalu kejam hingga menghadkan hanya jemputan sahaja yang boleh datang. Tetapi sebaik-baiknya, minta izin terlebih dahulu untuk membawa teman. Selain itu janganlah mengajak peneman dalam jumlah yang ramai kerana bimbang makanan yang dihidang tidak mencukupi nanti.
Pelbagai pendapat diutarakan mengenai hal jemputan ini. Namun begitu, ini adalah antara jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai topik ini iaitu haram hukumnya memakan makanan di kenduri sedangkan dia tidak dijemput. Jadi, caranya dia perlulah mengganti nilai makanan tersebut. Atau lebih mudah jelaskan kepada tuan rumah mengenai situasi tersebut.
Kredit foto: Twitter
Jadi, budaya membawa rakan atau saudara mara sebagai peneman ini mungkin tidak menjadi masalah selagi memberitahu kepada tuan rumah situasi tersebut. Selain itu, pandai-pandailah berfikir jumlah yang selayaknya, janganlah pula membawa terlalu ramai hingga membuatkan tuan rumah pula serba salah. - CARI
|